Sample Page Title

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob enggan menyentuh secara langsung berkaitan gesaan supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Membangkitkan peningkatan kos hidup dan harga makan, dia sebaliknya berkata akan menunggu “masa yang sesuai”.

“Kita sekarang berdepan tempoh peningkatan inflasi dengan harga yang tinggi, adakah kamu fikir ini masa yang sesuai?” dia dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Nikkei yang disiarkan hari ini.

Penggal pilihan raya lalu akan berakhir pada tahun 2023.

Bagaimanapun anggota parlimen Bera berdepan gesaan Umno supaya ia dipercepat, yang antaranya didorong oleh kejayaan demi kejayaaan dalam pilihan raya negeri.

Bank Negara menjangkakan kadar inflasi antara 2.2 hingga 3.2 peratus tahun ini dengan peningkatan kos makanan sehingga 4.1 peratus.

Awal bulan ini, bank pusat itu menaikkan kadar faedah utama untuk meredakan tekanan inflasi.

Kerajaan memperkenalkan harga kawalan tetapi terpaksa menanggung subsidi.


Ismail juga berkata kerajaan turut berminat memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan ketika pentadbiran Pakatan Pakatan (PH).

Katanya, kerajaan sedar bahawa cukai itu tidak popular tetapi pilihan mereka terhad.

Katanya, kerajaan hilang hasil tahunan RM20 billion ($4.57 billion) susulan pemansuhan cukai itu.

Bagaimanapun, Ismail berkata kerajaan akan menyasarkan kadar GST yang tidak membebankan tetapi tidak terlalu rendah atau ia “menggagagalkan tujuan untuk menambahkan hasil cukai”.

Pada tahun ini, Malaysia dijangka membelanjakan RM28 billion untuk pemberian subsidi minyak, lebih sekali ganda berbanding RM11 bilion pada tahun lalu.

Ini tidak termasuk subsidi lain seperti minyak masak, gula dan tepung.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...