• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pil Yaba Paling Popular Di Kelantan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Pil yaba menjadi dadah paling popular di Kelantan berikutan mendapat permintaan tinggi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia susulan dadah terbabit sedang digunakan selain mudah dibawa.

“Di Kelantan, pil yaba adalah paling popular berbanding dadah jenis heroin. Selain dari segi mudah dibawa, harga yang murah juga menyumbang kepada faktor permintaan tinggi.

“Sebiji pil yaba berharga RM10 sahaja. Namun jika permintaan tinggi dan bekalan sukar diperoleh susulan kawalan ketat, harga akan meningkat sehingga mencecah RM20 sebiji.

“Kita akan meningkatkan operasi bagi membuat tangkapan terhadap tokan dadah terbabit dalam usaha membanteras jenayah dadah di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media berkenaan, Muhamad Zaki turut memaklumkan, pihaknya menahan empat lelaki yang juga pengedar dadah menerusi tiga serbuan berasingan di Kota Bharu dan Tumpat semalam.

Katanya, hasil serbuan jam 1 pagi hingga 12 tengah hari itu membawa kepada 1,098 biji pil kuda, 3 gram heroin dan empat biji Epam yang keseluruhannya bernilai RM11,550.

“Pemeriksaan mendapati, tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka berusia antara 26 hingga 48 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

“Sekiranya dadah ini terlepas, ia boleh digunakan seramai 580 orang penagih dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

Tags: dadahKelantanPil Yaba
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd