• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Covid-19 Ambil Ubat Paxlovid Sembuh Sepenuhnya

oleh AK-47
12/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 173 pesakit Covid-19 diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit Covid-19 telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.

“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit Covid-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kriteria pesakit Covid-19 yang diberi keutamaan adalah berumur 18 tahun dan ke atas, jangkitan Covid-19 kategori 2 dan 3, tidak memerlukan terapi oksigen serta golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk seperti pesakit diabetes, darah tinggi, buah pinggang, asma dan paru-paru kronik, jantung dan kanser.

Khairy berkata pesakit Covid-19 dalam kumpulan itu boleh hadir ke CAC di klinik kesihatan dan hospital kerajaan terpilih untuk dinilai kesesuaian sebelum boleh dimulakan rawatan dengan Paxlovid.

“Ubat ini perlu dimulakan segera dalam tempoh lima hari sejak mula bergejala untuk keberkesanan yang optimum bagi mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang lebih teruk,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata pemberian dos penggalak kedua secara sukarela ke atas individu berumur 60 tahun dan ke atas kini boleh dilakukan dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas suntikan dos pertama.

Beliau berkata syor pemberian dos penggalak kedua turut terpakai ke atas individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

“KKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara sukarela,” katanya.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun dengan risiko klinikal penyakit teruk pula, beliau berkata mereka boleh ditawarkan dos penggalak pertama dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos primer dan juga berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

-Sinar harian

Tags: Covid-19SembuhUbat Paxlovid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd