Sample Page Title

MELAKA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 kepada semua wartawan dan pengamal media di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan Hawana 2022 yang bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’, itu petang ini.

“Jumpa petang ini di Melaka!” katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Majlis perasmian Hawana 2022 oleh Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh Bernama TV (Astro 502), RTM dan Astro Awani mulai 2.30 petang.

Selepas dua tahun tidak diadakan kerana penularan Covid-19, Hawana 2022 disambut di Melaka yang bakal menyaksikan Deklarasi Melaka 2022 dibacakan.


Deklarasi itu mengandungi pandangan dan hasrat wartawan serta aspirasi mereka dalam melaksanakan tugasan serta peranan bersama-sama dalam membangun negara.

Selain itu acara kemuncak adalah penyampaian Anugerah Hawana 2022 kepada wartawan profesional/individu/organisasi yang memberi sumbangan besar, bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya dihasilkan.

Perhimpunan terbesar bagi memperingati dan menghargai profesion kewartawanan di Malaysia yang merupakan wira tidak didendang itu turut dihadiri wakil wartawan dari Indonesia dan Vietnam.

Tarikh 29 Mei ditetapkan sebagai sambutan Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga...

23 Maut Bot Karam Di Bangladesh – Polis

DHAKA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas sebuah bot dinaiki karam...

5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam...

Rampasan Kuasa Di China?

BEIJING - Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa...

Hampir 200 Paus Mati Di Pantai Australia

CANBERRA – Hampir 200 paus mati selepas terdampar dan dilanda ombak di pantai barat...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka adiknya...

Hidung Berdarah, Ronaldo Resahkan Penyokong Portugal

LONDON : Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung...