• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Paxlovid Rawat COVID-19 Diperluaskan

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemberian ubat bagi rawatan COVID-19, Paxlovid keluaran Pfizer kepada pusat perubatan, klinik swasta serta hospital pengajar dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia bagi membolehkan penggunaan Paxlovid dapat diperluaskan selain penggunaannya di hospital awam ketika ini.

Beliau berkata, sejak semalam, pihaknya sudah memberikan Paxlovid kepada seramai 405 pesakit COVID-19 dan sudah mengarahkan untuk penggunaannya ditingkatkan.

“Sebelum ini kita hanya memberi Paxlovid kepada mereka yang berisiko tinggi namun kini kumpulan yang akan diberikan diperluaskan.

“Kita juga berikan kepada Klinik Kesihatan (KK),” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM)di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy berkata, Paxlovid perlu sekurang-kurangnya lima hari selepas gejala COVID-19 muncul bagi mengelakkan daripada pesakit perlu dirawat di hospital.

Sebelum ini, media melaporkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid untuk pesakit COVID-19 yang dimulakan sejak 15 April lalu, menyaksikan 173 pesakit yang diberikan rawatan berkenaan sembuh sepenuhnya serta tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Khairy dilaporkan berkata, rawatan menggunakan ubat berkenaan ke atas 173 pesakit terbabit dilaksanakan sehingga 9 Mei lalu.

Sementara itu, Khairy berkata, terdapat sedikit peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas perayaan Aidilfitri kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, secara keseluruhan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara hari ini sudah turun ke 1.04 manakala kadar kematian juga pada satu angka.

“Walaupun kemasukan ada peningkatan tetapi 55 peratus kemasukan adalah dalam Kategori 1 dan 2 terutama langkah berjaga-jaga bagi warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Saya melihat dari segi jangkitan walaupun ada sedikit peningkatan ia sesuatu yang sudah dijangkakan kerana lebih banyak majlis dan lebih banyak pergerakan manusia menyebabkan kemungkinan kes akan meningkat.

“Dari segi keseriusan, kes tidak mengalami peningkatan mendadak termasuk kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19KKMPaxlovid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd