• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

oleh Mynewshub
22/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bertukar menjadi bahan sindiran netizen di media sosial apabila ramai mula “menuntut” versi bahasa dan tulisan lain pula.

Tinjauan di ruangan komen media sosial mendapati ramai pengguna secara sinis meminta supaya kad kesihatan itu turut dicetak dalam tulisan Jawi, selain pelbagai bahasa etnik dan kaum lain di Malaysia.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk permintaan supaya kad berkenaan diterbitkan dalam bahasa Bajau, Dusun, Iranun, Suluk, Murut, Kagayan, Jawa dan Tamil.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berseloroh meminta versi Sanskrit, bahasa Arab serta dialek Terengganu.

“ Saya nak kad kesihatan dalam bahasa Jawi. Siapa setuju angkat tangan,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula menulis:

“ Saya mahu bahasa Bajau, Dusun, Iranun, Suluk, Murut, Kagayan…”

Turut tular komen berbunyi:

“ Saya nak kad dalam tulisan bahasa Tamil, English, Jawi boleh?”

Malah ada yang secara sinis berkata, jika benar alasan penggunaan bahasa asing itu untuk memudahkan komunikasi, maka semua kaum dan etnik di Malaysia juga perlu diberikan layanan sama rata.

“Kalau macam tu buat sekali semua bahasa dalam Malaysia. Baru adil,” kata seorang pengguna lain.

Terdahulu, penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina mencetuskan perdebatan hangat selepas ia tular di media sosial.

KKM kemudian menjelaskan penggunaan kad tersebut bertujuan membantu komunikasi dengan komuniti tertentu dan bukan bertujuan mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya belum berjaya meredakan perdebatan apabila semakin ramai mula menjadikan isu berkenaan sebagai bahan sindiran di media sosial.

Ada juga netizen secara berseloroh berkata, jika trend itu diteruskan, mungkin selepas ini rakyat boleh memilih kad kesihatan mengikut “package bahasa” masing-masing ketika hadir ke klinik.- MYNEWSHUB

Tags: Kementerian KesihatanKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd