Sample Page Title

MELAKA – Penggunaan ganja atau ‘cannabis’ untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berkata, sebagai pengamal perubatan, beliau mengalu-alukan apa juga jenis ubat yang mampu memberi kesembuhan kepada pesakit, sama ada ubat sedia ada atau ubat baru ditemukan, termasuk penggunaan ganja.

Menurutnya, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) bagi melihat sekiranya ganja mampu merawat penyakit seperti sklerosis berbilang, muntah akibat rawatan kemoterapi, tekanan pascatrauma, kanser, epilepsi dan masalah usus; selain penyakit cachexia, glaukoma, HIV/AIDS, penyakit saraf, sindrom tourrete, parkinson, demensia, ketagihan, kecederaan otak trauma, skizofrenia serta masalah mental lain.

Katanya, berdasarkan kajian itu, hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakitnya, manakala lain-lain penyakit tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan ia berkesan bagi merawat penyakit.

“Maka, seharusnya satu kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...