• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Nahas Tragis 5 Pelajar USAS Dijangka Didakwa Seawal Selasa

oleh Mohd Arshad
14/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR : Pemandu treler muatan besi terbabit nahas di KM24.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, dijangka dituduh di mahkamah, seawalnya Selasa ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya berikutan kertas siasatan kes akan diserahkan kepadanya pada Selasa.

“Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa. Jika beliau berpuas hati, suspek akan dituduh pada petang Selasa.

“Esok, kita akan bawa suspek ke (Mahkamah) Majistret untuk permohonan sambung reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.”

Terdahulu, Omar Bakhtiar dilaporkan berkata, pemandu treler berusia 28 tahun itu direman empat hari bermula Khamis hingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan polis sebelum ini mendapati pemandu berasal dari Kubang Pasu, Jitra, Kedah itu mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar termasuk lapan saman kesalahan kerana memandu laju.

Suspek dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus dijangka memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu miliknya.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki itu bagaimanapun mendapati dia negatif dadah.

Dalam perkembangan berkaitan, Omar Bakhtiar berkata, kelima-lima jenazah sudah diserahkan kepada waris masing-masing dengan jenazah terakhir diserahkan jam 8 malam tadi selepas selesai proses pengecaman identiti di Unit Forensik Hospital Taiping.

Dalam kejadian jam 12.52 tengah malam Khamis lalu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City maut selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler muatan besi dari arah belakang ketika melalui kawasan penyelenggaraan jalan dikendalikan PLUS Berhad.

Kelima-lima mangsa itu dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang kesemua mereka adalah penuntut di USAS.

-Berita Harian

Tags: DidakwanahasNahas Tragis 5 Pelajar USASpemandu treler
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan Pekerja Asing

Next Post

Kek Ekonomi, Cash Is King Dan Harga Ayam

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

11/03/2025
0

SEREMBAN: Belum lagi reda nahas motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu isyarat merah di daerah ini, satu lagi kejadian hampir...

Next Post

Kek Ekonomi, Cash Is King Dan Harga Ayam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd