Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kenaikan Tol Diputuskan Pada...

KUALA LUMPUR - Sebarang perkara berkaitan cadangan kenaikan tol akan diputuskan pada minggu-minggu...

AS, Sekutu Lancar 27...

WASHINGTON - Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan 27 serangan udara terhadap sasaran IS...

Bunuh Anak Perempuan Kerana...

SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun...

7 Sungai Di Lembah...

PETALING JAYA – Tujuh sungai di Lembah Klang dan Selangor dilaporkan telah melepasi...

Kek Ekonomi, Cash Is King Dan Harga Ayam

Kenyataan berhubung kek ekonomi, “cash is king” dan harga ayam pada Debat Perdana cuba diangkat oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengilustrasikan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mari kita teliti semula apakah sebenarnya intipati hujah kek ekonomi dan cash is king yang disebut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta harga ayam yang dinyatakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam debat tersebut:

1. Kek ekonomi

Najib dalam hujahnya menyatakan bahawa kek ekonomi negara perlu diperbesarkan agar lebih banyak keberhasilan ekonomi Malaysia dapat diagih-agihkan kepada rakyat. Istilah kek ekonomi yang dirujuk bermaksud saiz pendapatan negara. Dengan demikian beliau berpandangan aset negara yang berpotensi memperbesarkan saiz ‘kek ekonomi’ Malaysia tidak harus dijual.

Anwar membalas kenyataan itu dengan sindiran bahagian terbesar ‘kek ekonomi’ itu sebelum ini diagihkan kepada elit politik dan rakyat hanya mendapat sedikit bahagian kek tersebut. Anwar tanpa membentangkan sebarang data atau fakta bagi menyokong hujahnya itu mendakwa ia disebabkan tiada integriti dan rasuah oleh pihak yang mengagihkan ‘kek ekonomi’ tersebut.

Najib namun menjawab tuduhan itu dengan menyatakan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM membuktikan jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini melebar pada 2019 (semasa negara ditadbir kerajaan PH) sedangkan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Ke-6, jurang pendapatan golongan miskin dan kaya telah berjaya dikurangkan. Ini bermaksud kek ekonomi telah diagihkan secara adil semasa beliau menerajui Malaysia.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709391/jurang-pendapatan-kaya-miskin-semakin-lebar

2) Cash is king

Anwar dalam hujahnya mengambarkan bantuan tunai kepada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib suatu ketika dulu adalah ‘cash is king’. Anwar menuduh kerajaan memberi bantuan wang kepada rakyat supaya rakyat terus bergantung harap daripada kerajaan dengan demikian kerajaan dapat mengekalkan sokongan rakyat.

Najib dalam hujahnya menyentuh tentang “king” yang dimaksudkan adalah “rakyat”. Cash is king bermaksud memberi bantuan tunai secara langsung kepada rakyat dan ia suatu perkara yang baik kerana kebajikan rakyat perlu dijaga. Najib berhujah cash is king yang membantu rakyat dalam kesusahan semasa pandemik Covid-19. Najib mengandaikan jika GST masih dilaksanakan maka lebih banyak bantuan tunai (cash is king) dapat diberikan kepada rakyat. Selepas GST dimansuhkan kerajaan PH, negara kehilangan pendapatan lebih RM30 bilion.

3) Harga ayam


Anwar menyatakan negara diuruskan dengan baik semasa dibawah pentadbiran kerajaan PH. Respon para penonton terhadap kenyataan Anwar itu agak negatif. Berikutan itu Anwar pada penghujung hujahnya menyatakan harga ayam lebih murah pada tahun 2019 bagi menyokong kenyataannya.

Najib dan sebilangan besar penonton kelihatan tersenyum dan menggelengkan apabila harga ayam dijadikan sebagai penanda aras berhubung keadaan ekonomi negara. Mungkin juga Anwar terlupa kerajaan Malaysia sejak 9 Mei 2018 bukan lagi dibawah pentadbiran Najib.

Kerajaan sedia ada adalah sebuah kerajaan campuran dan kementerian berkait harga ayam diketuai oleh ahli politik yang pernah bersama kerajaan PH. Bukankah kerajaan campuran ini yang sedang dipertahankan oleh Anwar dan PH supaya tidak dibubarkan.

4) Forex

Najib berhujah Anwar sering berkata tentang konsep “rule of law”, tetapi malangnya kerajaan PH melantik Peguam Negara dan Ketua SPRM dalam kalangan pendokong politik PH. Najib turut bertanya mengapa Anwar tidak meminta “forensic auditing” dilakukan oleh kerajaan PH terhadap skandal Forex yang dikaitkan dengan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir jika beliau benar-benar seorang yang berpegang kepada “rule of law”. Kerajaan PH malah menarik balik siasatan berhubung skandal itu?

Anwar tidak menjawab soalan tersebut sebaliknya mempersoalkan mengapa kerajaan sekarang pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melakukannya. Bagaimanapun semua sedia maklum Ismail Sabri baru mengangkat sumpah Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu, malah kerajaan pimpinannya dibarisi oleh mereka yang pernah bersama Mahathir dalam kerajaan PH.

5) Tepukan gemuruh

Penyokong PH mendakwa ramai memberi tepukan dan bersorak terhadap hujah Anwar bermaksud ramai penonton debat menyokong Anwar. Realitinya yang memberi tepukan dan bersorak terhadap hujah Anwar adalah penyokongnya yang hadir debat tersebut. Mengapa penyokong Najib tidak memberi tepukan dan sorakan kuat kepada hujah Najib kerana itu adalah peraturan yang telah ditetapkan dalam debat tersebut. Perkara itu berulang kali diingatkan oleh moderator, namun PH yang mendakwa berpegang kepada konsep “rule of law” mengabaikanya.

Kesimpulannya sudah terang lagi bersuluh Anwar tewas teruk kepada Najib dalam debat tersebut dan PH sedang berusaha melakukan “damage control” di media sosial.

-Mynewshub

5 KOMEN

  1. Hi, I think your website could possibly be having internet browser compatibility issues. Whenever I take a look at your website in Safari, it looks fine however, when opening in I.E., it’s got some overlapping issues. I simply wanted to give you a quick heads up! Other than that, fantastic website.

  2. An interesting discussion is definitely worth comment. I do believe that you need to publish more on this issue, it may not be a taboo subject but usually folks don’t talk about these topics. To the next! All the best.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori