• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Lima Pelajar USAS

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang terlibat dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Khamis lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam, 28, didakwa di mahkamah berkenaan atas lima pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kesemua mangsa.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Amirul yang memandu treler jenis Volvo didakwa telah memandu kenderaan tersebut secara berbahaya dan menyebabkan kematian Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di dalam daerah Kuala Kangsar pada pukul 1 pagi, 12 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 selain butiran kesalahan wajib dinyatakan dalam lesen memandu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan.

Peguam, G. Ravishankar bagaimanapun memohon jaminan sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan diberikan kepada anak guamnya itu ekoran tertuduh telah kehilangan punca pendapatan dan perlu menyara seorang isteri dan tiga anak berusia 14, 10 dan dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 30 Jun ini untuk tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen.

Tertuduh membayar jaminan berkenaan.

Menerusi laporan media Khamis lalu, lima pelajar USAS yang dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke rumah sewa mereka di Taman Chandan Puteri di sini, maut setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Dalam kejadian itu, kesemua pelajar terbabit rentung selepas kereta dan treler muatan besi pagar yang melanggar dari belakang itu terbakar kira-kira 90 peratus.

Dalam kejadian tersebut, Mohammad Amirul dan pemandu treler muatan mozek berusia 37 tahun tidak cedera.

UtusanOnline-

Tags: Memandu Secara Berbahayapelajar USASpemandu treler
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sila “Forensic Audit” Fahmi Fadzil

Next Post

Penggunaan Paxlovid Rawat COVID-19 Diperluaskan

Related Posts

Nahas Lima Rentung: Pemandu Treler Didakwa Hari Ini

17/05/2022
0

IPOH - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala...

Sambung Reman Pemandu Treler Hingga Rabu

15/05/2022
0

Taiping : Tempoh reman pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)...

Next Post

Penggunaan Paxlovid Rawat COVID-19 Diperluaskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd