• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tolak Wan Ahmad Fayhsal Calon Bagan Serai

oleh Mohd Arshad
18/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI : Pas Bagan Serai bertegas menolak Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanding di Parlimen ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Yang Dipertua Pas Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, ahli Pas bahagian ini sebulat suara menolak Wan Ahmad Fayhsal sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi itu.

“Pas Bagan Serai sama sekali tidak akan memberi laluan sama kepada beliau atas beberapa sebab munasabah. Sebab utama adalah beliau turun ke Bagan Serai tanpa sebarang mandat daripada PN sama ada peringkat Pusat mahupun negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengiringi Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menyampaikan kek kepada guru sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai di sini.

Abdul Aziz berkata, sejak Julai lalu, Pas Perak memberi bayangan mahu bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai kerana mempunyai kelebihan untuk menang berbanding jika calon parti lain mewakili PN di kawasan berkenaan.

Malah menurutnya, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas Bagan Serai membuat desakan melalui memorandum yang dikemukakan kepada beliau pada 21 dan 22 Mac lalu.

“Tuntutan daripada akar umbi Pas di Bagan Serai adalah berasaskan fakta kukuh antaranya mempunyai bilangan jentera, cawangan yang lebih kuat dan banyak berbanding parti lain dalam PN. Pas kawasan turut membina hubungan sangat rapat dengan masyarakat di sini yang terdiri dari para ulama, ustaz dan individu yang berpengaruh di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Selain itu, Pas Bagan Serai mempunyai prasarana yang lengkap hampir di setiap cawangan parti di sini,” katanya.

Difahamkan, Abdul Aziz bersama Ahli Jawatankuasa Pas Bagan Serai menyerahkan kertas kerja politik dan menyampaikan hasrat agar Pas bertanding mewakili PN di Parlimen Bagan Serai.

Perkara itu disampaikan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Langkawi baru-baru ini.

“Tok Guru Hadi Awang ada menunjukkan reaksi yang positif terhadap hasrat yang telah dikemukakan oleh Pas Bagan Serai. Perkara itu akan dibawa dalam perbincangan di peringkat Pas pusat dan mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi PN apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Dalam program di sini baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal berkata, kerusi Parlimen Bagan Serai antara yang berpotensi untuk ditandinginya dalam PRU-15 selain di Kelantan.

Beliau berkata, namun perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

-Utusan Online

Tags: Bagan SeraiPASWan Ahmad Fayhsal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd