• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sabah Kekal Bersama GRS

oleh AK-47
18/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pas Sabah kekal berada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan terus menyokong kerajaan GRS-Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, pihaknya masih berpegang kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama GRS pada 2020.

“Kita tidak ada lagi sebarang perubahan daripada persefahaman yang sudah ditandatangani bersama.

“Jadi kita masih memegang pada memorandum itu dan masih menyokong GRS yang ada sekarang ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Program Ziarah Sekolah Sempena Hari Guru 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kedudukan Pas dalam GRS selepas gabungan itu secara rasminya dibentuk bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), manakala BN kekal sebagai rakan sekutu GRS.

Aliakbar eliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik di Sabah menegaskan, walaupun belum ada pertemuan rasmi dengan Hajiji yang juga Pengerusi GRS, namun Pas Sabah meletakkan memorandum itu sebagai asas dalam kerjasama dengan gabungan terbabit.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut hubungan kerjasama Pas di peringkat nasional dengan UMNO, beliau menegaskan bahawa Muafakat Nasional ‘tidak mati’.
“Kita masih akan cuba mengekalkan sedaya upaya bersama Perikatan Nasional (PN) dan kekal bersama MN.

“Jadi saya sebagai pimpinan Majlis Tertinggi Pas Pusat melihat itu sebagai suatu kriteria yang terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jadi kita kekalkan PN dan perkukuhkan MN.

“MN tidak mati, masih lagi kekal dan kita berprinsip seperti mana Pas Pusat putuskan yang terkini kita akan terus mencari jalan untuk bekerjasama dengan MN dan terus berbincang untuk perbaiki mana yang kurang,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: GRSPASPAS Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd