Sample Page Title

Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Hj Mahiaddin Bin Hj. Md. Yasin sudah tentu tidak akan menghalang PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kerana beliau tahu agenda PAS adalah agenda Bersatu jua. Agenda untuk UMNO diletakkan dibawah penguasaan Perikatan Nasional (PN)..

Pendapat ini bukan semborono sebaliknya berdasarkan pendedahan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali baru-baru ini.

“Perpaduan ummah antara dua parti Pas dan UMNO adalah harapan rakyat Malaysia dengan melihat kepada bilangan ahli dalam kedua-dua parti iaitu 3.2 juta dalam UMNO dan 800 ribu dalam Pas.Tidak sewajarnya perpaduan dua parti ini menjadi goyah dengan kehadiran Bersatu yang kecil bilangannya”

“Tidak wajar diharapkan Muafakat Nasional (MN) dibina kembali dengan mengenepikan pimpinan utama kedua-dua parti. Ibarat hanya diinginkan badan tanpa kepala. Inilah kesilapan dalam pengurusan MN sebelum ini. Ada pihak yang mahukan “badan” sahaja tanpa “kepalanya”

“Satu lagi syarat penting dalam perundingan ialah usah dicampuri urusan dalaman setiap parti. Biarkan masing-masing menguruskan parti mereka sendiri”

Seperti semua sedia maklum Bersatu selepas PRU-14 mengambil sebahagian daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Bersatu dengan melompat parti.

Bersatu malah pernah menyatakan konon parti itu akan menggantikan UMNO sebagai parti terbesar memayungi orang Melayu.

Usaha itu bagaimanapun terhalang disebabkan tentangan kuat akar umbi UMNO dengan dokongan pimpinan yang setia pada parti terutama Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.


Kemudian Bersatu bekerjasama dengan PAS membentuk gabungan politik PN dan mempelawa UMNO menyertainya selepas Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Sejak itu serangan demi serangan dihalakan Bersatu dan PAS terhadap Najib dan Ahmad Zahid, namun gagal membuahkan hasil untuk memastikan UMNO menyertai PN.

Mahiaddin pada 3 Februari lalu akhirnya berkata beliau telah melupakan kerjasama dengan UMNO.

Tetapi Bersatu mungkin masih ada harapan terakhir untuk menjayakan misinya iaitu PAS sebagai proksi kerana origin MN adalah UMNO dan PAS.

Semua tahu UMNO sebenarnya masih bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan PAS, namun tanpa musuh dalam selimut iaitu Bersatu.

UMNO bagaimanapun tidaklah begitu naif untuk tidak mengesyaki muslihat tersebut. Dalam kesedaran itu apakah UMNO masih perlu meneruskan kerjasama dengan PAS?

Justeru, PAS seharusnya melakukan “forensic audit” berhubung keikhlasannya terlebih dahulu sebelum bersuara mengenai perpaduan ummah dengan UMNO.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...