Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Taufan Goni Badai Utara...

Manila - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun dalam...

Selangor Gagal Halang SPR...

PUTRAJAYA — Kerajaan Selangor gagal dalam permohonan untuk menghalang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada...

Kerajaan Dapatkan Nasihat KKM...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung saranan...

Menu Buka Puasa Ringkas...

MEMANDANGKAN harga makanan dan minuman di Bazar Ramadan saban tahun naik harganya, apa...

Noordin Yaani Meninggal Dunia

Melaka : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Noordin Yaani meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, di sini hari ini akibat sakit tua.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Allahyarham yang juga bekas ahli Exco negeri menghembuskan nafas terakhir pada 6.20 petang, pada usia 81 tahun.

Beliau sebelum itu sudah beberapa hari menerima rawatan kerana mengalami tekanan darah rendah dan kesukaran bernafas.

Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan ketika dihubungi berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Pengkalan, Alor Gajah malam ini.

“Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah pada 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak,” katanya.


Allahyarham meninggalkan dua balu dan lapan anak.

Noordin menjadi Adun Sungai Udang selama sepenggal selepas memenangi kerusi Dun itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1995.

Beliau dilantik sebagai Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan pernah dilantik sebagai Pemangku Presiden Veteran Umno Malaysia selain menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply