• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Russia Dakwa Adolf Hitler Berketurunan Yahudi

oleh Mohd Arshad
03/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV, Israel — Israel semalam mengutuk keras Moscow kerana kenyataan ‘tidak boleh dimaafkan’ oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov mengenai Nazi dan anti semitik termasuk dakwaan bahawa Adolf Hitler berketurunan Yahudi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut akhbar Huffington Post, kenyataan tersebut memburukkan hubungan dua negara ketika Israel bersikap berhati-hati dalam krisis Russia – Ukraine, termasuk tidak membangkitkan kemarahan Moscow kerana kepentingan keselamatannya di Asia Barat.

Ditanya dalam satu wawancara oleh saluran berita Itali mengenai dakwaan Russia bahawa Kremlin menceroboh Ukraine untuk menghapuskan elemen Nazi, Lavrov berkata, jirannya itu masih memiliki anasir Nazi, walaupun beberapa pemimpinnya termasuk Presiden Volodymyr Zelenskyy sendiri adalah berbangsa Yahudi.

“Justeru, apabila mereka (Ukraine) berkata, bagaimana Nazifikasi (elemen Nazi) boleh wujud sedangkan kami berbangsa Yahudi? Pada pendapat saya, Hitler sendiri berketurunan Yahudi. Juga kami mendengar sendiri daripada orang Yahudi bahawa mereka yang mendukung fahaman antisemitik paling ekstrem adalah daripada kalangan Yahudi itu sendiri,” katanya.

Dalam komen paling keras sejak permulaan perang di Ukraine, Menteri Luar Israel, Yair Lapid menyifatkan kenyataan Lavrov sebagai ‘tidak boleh dimaafkan, penuh skandal dan kesilapan besar dalam sejarah.’

“Orang Yahudi tidak membunuh diri mereka sendiri dalam tragedi Holokaus (pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi).

“Rasis paling buruk terhadap orang Yahudi adalah menyalahkan bangsa itu sendiri berhubung antisemitik,” tegas Lapid.

Tambahnya, Israel telah melakukan segala usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Russia.

“Namun semua ada hadnya dan had itu dilangkahi kali ini. Kerajaan Russia perlu memohon maaf kepada kami dan kepada orang Yahudi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai Israel mengesahkan bahawa Duta Russia, Anatoly Viktorov telah dipanggil ke Kementerian Luar Israel di Baitulmuqaddis bagi membincangkan ‘isu diplomatik’ tanpa mengulas lanjut.

Elemen Nazi menjadi penyebab utama perang Russia di Ukraine. Dalam usaha menjustifikasi perang itu kepada rakyat Russia, Presiden Vladimir Putin memaparkan pencerobohan Kremlin sebagai pergelutan terhadap anasir Nazi di negara jiran tersebut.

Perang Dunia Kedua menyaksikan negara Kesatuan Soviet kehilangan 27 juta orang usaha untuk mengalahkan rejim Nazi Jerman.

-Kosmo Online

Tags: Adolf HitlerYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman, menuduh Malaysia “menghalau orang Yahudi” susulan ketegasan kerajaan untuk...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd