• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kilat Di Pontian Meningkat

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168 orang daripada 31 keluarga, setakat ini, dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 117 mangsa banjir (20 keluarga) ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian, manakala 32 lagi (tujuh keluarga) di SK Seri Bukit Panjang.

Menurut kenyataan itu, PPS pertama dibuka di SK Melayu Raya yang menempatkan 19 mangsa banjir (empat keluarga).

Setakat ini, katanya, tiga kampung terjejas membabitkan Kampung Sri Gambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang.

“Banjir kilat berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 5.30 pagi semalam yang menyebabkan beberapa rumah di Pontian dinaiki air,” katanya.

Dalam pada itu, Sekretariat JPBD Mersing dalam kenyataan sama memaklumkan bahawa satu PPS di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang dibuka jam 7.30 malam tadi bagi menempatkan 31 individu daripada dua keluarga yang terbabit dalam kebakaran.

Menurutnya, kebakaran yang memusnahkan dua rumah itu berlaku di Kampung Gajah Mati, Gersik.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin, berkata kebakaran berkenaan mengakibatkan sebuah kediaman musnah 95 peratus, manakala sebuah rumah lagi 60 peratus.

Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu diterima pada jam 4.53 petang semalam.

Susulan itu, katanya, seramai 13 anggota bersama bantuan BBP Endau dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau berkata, insiden tidak membabitkan kemalangan jiwa, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 7.39 malam.

-Berita Harian

Tags: Banjirbanjir kilatmangsa banjirPontian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd