• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Syarikat Sertai SMART SBB Di Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Lima syarikat peneraju di Pulau Pinang menyertai Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Lima syarikat tersebut adalah Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad; Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal Berhad; Koperasi Kelompok Padi Jalan Baru Nibong Tebal Berhad, Kilang Beras Siong Heng Sdn Bhd dan OBL Maju Sdn Bhd.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Program SMART SBB merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membangunkan kawasan-kawasan penanaman padi dengan mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi.

Menurutnya, program itu juga bermatlamat meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah dengan sasaran jumlah kawasan sawah padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingkat.

Katanya, Program SMART SBB di Pulau Pinang yang melibatkan keluasan kawasan 942 hektar dan 420 orang pesawah yang akan dilaksanakan di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang.

“Saya yakin, kolaborasi strategik antara MAFI bersama koperasi dan syarikat peneraju akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan di Pulau Pinang.

“MAFI telah memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif termasuk program SMART SBB bagi meningkatkan nilai tambah, membangunkan subsektor padi dan beras negara sekali gus memastikan bekalan makanan negara mencukupi sepanjang masa.

“Program SMART SBB juga merupakan salah satu pendekatan baharu untuk menarik lebih ramai pihak swasta sebagai rakan kongsi kerajaan bagi menjadikan subsektor padi dan beras negara lebih dinamik dan berdaya saing.

“Penyertaan pesawah dalam Program SMART SBB adalah secara sukarela, tiada sebarang bentuk paksaan mahu pun pengambilan balik tanah dilakukan,” katanya.

Ronald sebelum itu merasmikan Program SMART SBB dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan dan kelima-lima syarikat peneraju Pulau Pinang di Koperasi Kerjaya Permatang Nibong di sini pada Selasa.

MOU tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penglibatan syarikat peneraju dalam Program SMART SBB adalah 24 buah.

Sementara itu katanya, sejak diperkenalkan pada 23 Februari tahun lalu, Program SMART SBB berjaya dilaksanakan di sembilan negeri iaitu Kedah; Kelantan; Pahang; Perlis; Perak; Selangor; Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penglibatan 19 syarikat peneraju.

Jelasnya, sehingga Mac tahun ini, seramai 4,123 peserta telah menyertai Program SMART SBB dengan jumlah keluasan lebih 10,000 hektar.

“Program SMART SBB terbukti berjaya meningkatkan pendapatan dan purata hasil padi sehektar selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah, seperti yang dilaksanakan di Sekinchan, Selangor.

“Ia melibatkan kawasan seluas 100 hektar dan meningkatkan purata hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada 8 hingga 10 tan metrik sehektar bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022.

“Sementara itu, di Batang Lupar, Sarawak telah merekodkan peningkatan hasil pendapatan daripada 50 peratus sehingga 100 peratus yang memanfaatkan 245 pesawah yang terlibat dengan program ini,” tambahnya.

Program SMART SBB merupakan antara hala tuju baharu industri padi dan beras yang akan terus bantu meningkatkan produktiviti dalam mencapai sasaran 75 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negara menjelang 2025 seperti yang digariskan di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Dalam majlis sama, Ronald turut menyampaikan Insentif Projek Peningkatan Hasil Padi kepada enam kelompok dari Pulau Pinang yang merangkumi Insentif Pengurusan Pemuliharaan dan Peningkatan Kesuburan Tanah dengan nilai keseluruhan RM421,400.

Selain itu, beliau turut menyampaikan Insentif Petak Model Pengurusan Kawalan Rumpai & Padi Angin dengan nilai keseluruhan RM266,000.

Tiga usahawan telah menerima geran di bawah Program Pemadanan CUP (Change Upgrade Product) daripada Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani (IMAT), MAFI dengan nilai keseluruhan RM119,500.

Dalam pada itu, Ronald menyaksikan Pertukaran Dokumen Aplikasi Teknologi Hijau Solar Photovoltaic antara Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn Bhd dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang.

Katanya, inisiatif Bahagian Pembangunan Industri Padi MAFI memperkenalkan tenaga alternatif ‘solar photovoltaic’ di semua pejabat IADA serta infrastruktur pengairan iaitu rumah pam utama di kawasan jelapang sebagai usaha penjimatan kos operasi Kerajaan seterusnya menyahut seruan penggunaan teknologi hijau di dalam industri pertanian adalah amat membanggakan.

“Saya berharap agar semua usaha murni kerajaan terus diperkasakan dan mendapat sokongan semua pihak, selari dengan matlamat kerajaan dalam menjamin sekuriti makanan negara sepanjang masa,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Pulau PinangSertaiSMART SBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Video Tular Kakitangan MBSA Tinggi Suara Kepada Pelanggan Selesai

Next Post

Sila “Forensic Audit” Fahmi Fadzil

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Sila "Forensic Audit" Fahmi Fadzil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd