• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Video Tular Kakitangan MBSA Tinggi Suara Kepada Pelanggan Selesai

oleh AK-47
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Hanya kerana nombor giliran, tindakan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang didakwa meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter dirakam serta tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning di sini.

“Video tular memaparkan tingkah laku kakitangan MBSA itu dirakam oleh orang awam semasa berurusan kaunter berkenaan.

“MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham ini dapat diselesaikan selepas pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, MBSA memohon maaf di atas insiden berkenaan dan akan berusaha memastikan agar perkara sama tidak berulang.

“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial.

“MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang kami berikan,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi sayu minit 38 saat di media sosial yang memaparkan seorang kakitangan MBSA didakwa meninggikan suara terhadap pelanggan.

-Harian Metro

Tags: Isu Video Tular Kakitangan MBSA Tinggi Suaraselesai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasatan Kes Polis Iring Anak Ahli Parlimen Selesai

18/05/2022
0

GEORGE TOWN – Polis telah menyelesaikan siasatan kes video tular yang menunjukkan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa...

Saman Fitnah Phahrolrazi Selesai Secara Mediasi

24/07/2018
0

ALOR SETAR - Kes saman fitnah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi terhadap anggota Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd