Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

‘Asean Unity Run’ Perlu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan supaya program 'ASEAN...

PAS Kritik Kerajaan Pusat...

SHAH ALAM - Kritikan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan hanya untuk memastikan negara ditadbir...

Celcom Jangka Langganan Harian...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd berharap dapat meningkatkan langganan hariannya sebanyak 20...

Beratus Ribu Anak Itik...

BERATUS ribu anak itik jantan telah dibunuh dengan kejam apabila ia direndam dalam...

Lelaki Terbaring Tepi Jalan Mangsa Samun, Pukul

Kuala Lumpur : Seorang lelaki yang dijumpai terbaring di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan klip video keadaannya itu tular di media sosial hari ini, dipercayai dipukul dan disamun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, isteri lelaki itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian, dan lelaki itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, di sini.

“Berdasarkan siasatan awal kita percaya lelaki itu dipukul dan disamun oleh dua lelaki warganegara tempatan, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah samun hingga mendatangkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata polis percaya dua lelaki dilihat menaiki motosikal, yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular itu, adalah suspek utama kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan. Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila hubungi Hotline Polis Cheras dengan menelefon 03-9284 5050/ 5051, atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori