Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Remaja Hubungi Polis Selepas...

MACAM-MACAM perangai remaja zaman sekarang. Kerana enggan mengikut ibu bapanya pergi bercuti dengan...

B’Frenz Program Elit Pasarkan...

SETELAH empat bulan melancarkan pakej iklan murah melalui Bazar Ramadan & Syawal, TV AlHijrah...

Kastam Sarawak Hampiri Sasaran...

KUCHING - Kastam Sarawak menghampiri sasaran mendaftarkan 12,000 syarikat di bawah Cukai Barang...

KPT Kaji Tambah Baik...

BANGI - Kementerian Pendidikan Tinggi sedang menjalankan kajian dan tinjauan untuk menambah baik...

Lelaki Kritikal Ditikam Di Masjid Bradford

BRADFORD : Seorang lelaki dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam di sebuah masjid di Bradford, England, pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Serangan dilapor berlaku pada 10.06 pagi Isnin di Pusat Islam yang dikenali sebagai Masjid Madni di Newton Street, lapor Mirror.co.uk.

Lelaki yang dalam lingkungan usia 20-an itu dibawa ke hospital untuk rawatan dengan kecederaan yang dilapor mengancam nyawa.

Suspek yang tinggal berhampiran lokasi kejadian telah ditahan dan kini disiasat pihak polis.

Kejadian tidak dianggap sebagai insiden kebencian atau berkaitan pengganas setakat ini.


Ketua Superintendan Rob McCoubrey dari Polis Bradford berkata hanya seorang suspek ditahan dan polis telah meningkatkan kawalan di kawasan sekitar.

“Ini jelas satu insiden yang mendukacitakan keluarga mangsa dan masyarakat tempatan.

“Polis West Yorkshire akan terus memberikan jaminan dan sokongan ketika siasatan berjalan,” kata McCoubrey.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori