Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Bajet 2017: Harap Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya berharap Bajet 2017 kali ini akan memberi...

Ahli UMNO Diminta Jaga...

TAIPING - Semua ahli UMNO diingatkan supaya menjaga institusi presiden parti kerana kegagalan...

China Bina Ibu Kota...

BEIJING - Sebuah kawasan dekat ibu kota China mula menjadi perhatian ribuan orang...

Muhyiddin Tidak Tahu Anwar...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu terjebak dengan...

Lagi Kritikan Isu Lesen Bank Digital

Seorang lagi pemimpin pembangkang mempersoalkan kekurangan pemberian lesen bank digital kepada syarikat bumiputera.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata akan berlaku ketidakseimbangan ketara dalam peluang penguasaan ekuiti pemilikan bumiputra seperti yang dijanjikan kerajaan.

Justeru, dia membangkitkan persoalan sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan sedar berkaitan perkara itu.

“Kita mendesak menteri kewangan dan PM menyatakan pendirian kerajaan dalam soal ini dan apakah yang telah terjadi kepada jaminan kedudukan pegangan bumiputra negara,” katanya.

Katanya, jika tiada tindakan dan campur tangan segera, ia menyebabkan risiko merosot lagi kedudukan dan peluang pegangan ekuiti sedia.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata daripada lima syarikat yang memperoleh lesen bank digital, hanya satu milik bumiputera.

Sedangkan, katanya, banyak terdapat syarikat fintech bumiputra yang terlebih layak untuk diberi lesen.


Terdahulu pada hari sama Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima syarikat yang berjaya mendapatkan lesen itu bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Syarikat-syarika itu ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, konsortium diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, konsortium diketuai Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.

Dua lagi dilesenkan bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, iaitu konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc serta konsortium yang diketuai oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd.

“Saya tidak terfikir konsortium besar yang dapat lesen ini akan tolong rakyat biasa yang berniaga pasar malam, jual gorengan, buka warung tepi jalan di Baling, Padang Terap, Bachok, Hulu Terengganu.

“Apa lagi konsortium ini ada yang pejabat mereka di Singapura. Syarikat mereka tersenarai di sana dan di Amerika,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori