Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Aib! Gadis Bertudung ‘Dicabul’...

HARI ini, isu paling gempar yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan...

Pameran Fotografi Pamer Budaya,...

IPOH - Pameran fotografi yang mempamerkan 'The Chola Temples' dan persekitaran kehidupan di...

Letupan Di Konsert: Ariana...

PENYANYI terkenal Ariana Grande membuat permohonan maaf susulan tragedi letupan di konsertnya yang...

PAC Bakal Bicara Laporan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan prosiding berhubung...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak, Catat 3,321 Kes Semalam

Putrajaya : Kes harian Covid-19 di negara ini terus meningkat melepasi angka 3,000 apabila merekodkan 3,321 kes baharu setakat semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menerusi laman sesawang Covidnow, kes baharu yang dikesan itu membabitkan 3,311 kes tempatan dengan 10 lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,467,061 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan.

Kes baharu itu paling tinggi dikesan di Selangor dengan 1,220 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 573 kes, Negeri Sembilan (288), Perak (221), Pulau Pinang (208) Putrajaya (182) dan Melaka (140).

Negeri lain mencatatkan pertambahan kes baharu dua angka iaitu Kedah dengan 98 kes, Johor (88), Pahang (73), Sarawak (71), Sabah (57), Terengganu (42), Sabah (57), Kelantan (37), Labuan (14) dan Perlis (9).

Setakat ini, terdapat sebanyak 24,850 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah berkenaan sejumlah 94.1 peratus atau 23,385 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,373 individu mendapatkan rawatan di hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (34), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (33) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Malaysia merekodkan jumlah kes baharu melepasi 2,000 kes tiga hari berturut-turut sejak 9 Mei lalu.

Jumlah itu dilihat meningkat berbanding sebelum perayaan Aidilfitri yang disambut pada 2 Mei lalu.

Paling rendah negara ini merekodkan pertambahan kes pada 3 Mei iaitu tiga angka dengan 922 kes dicatatkan.


Kali terakhir negara mencatatkan kes harian tiga angka pada 29 Mac tahun lalu iaitu sebanyak 941 kes sebelum terus melonjak ke empat angka pada 30 Mac dengan 1,133 kes.

KKM mencatatkan penurunan kes dari lima angka ke empat angka sejak 15 April lalu.

Dalam pada itu, laman sesawang berkenaan turut memaparkan terdapat lapan kes kematian yang dilaporkan setakat semalam, jumlah itu termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Pertambahan jumlah itu menjadikan sehingga kini angka korban di negara ini meningkat kepada 35,598 kes.

Turut dilaporkan ialah sebanyak 1,416 kes sembuh dicatatkan, ia sekali gus meningkatkan jumlah individu yang pulih di negara ini kepada 4,406,613 kes.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter memaklumkan, kementeriannya sudah menjangkakan terdapat peningkatan kes selepas perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, Khairy berkata, masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes Covid-19 pada masa tertentu.

“Seperti diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal. Kita perlu membiasakan diri dengan penularan yang ada `pasang dan surutnya’.

“Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh meneruskan peralihan ke fasa endemik,” katanya.

-Harian metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori