• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Doktor Pelatih: Polis Rekod Keterangan Ahli Keluarga

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis akan merekod keterangan ahli keluarga seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dilaporkan maut terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, sehingga kini, polis sudah merakamkan keterangan daripada doktor dan rakan serumah mangsa berhubung kejadian terbabit.

Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian pegawai perubatan tersebut.

Cyberjaya Hanya dengan $250, anda boleh menjana pendapatan kedua yang berpotensi!

“Kita akan rekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa pada minggu ini. Selain itu, kita masih menunggu keputusan bedah siasat, ujian makmal dan laporan kimia berhubung kematian mangsa.

“Sehingga kini, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik kediaman sewanya di aras 23, sebuah apartment di Jalan Dato Keramat, di sini.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu merupakan graduan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma’arof Sudin berkata, kejadian itu masih dalam siasatan polis dan orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenainya.

Menurutnya, JKNPP dan Hospital Pulau Pinang (HPP) akan memberi sepenuh kerjasama kepada polis untuk melengkapkan siasatan kes tersebut.

Susulan daripada itu, Kerajaan Pulau Pinang menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa inkuiri khas berhubung insiden kematian mangsa.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penubuhan inkuiri itu adalah penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut selain mengelakkan perkara sama berulang terutamanya melibatkan doktor-doktor pelatih di negara ini.

-Sinar Harian

Tags: ahli keluargaKematian Doktor Pelatihketeranganpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd