• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

oleh Mynewshub
30/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan sebagai dedak, rasuah dan ‘cash is king’ selepas ditukar kepada nama lain.

Menurutnya, beliau terfikirkan tentang perkara itu selepas seorang Ahli Parlimen DAP membangkitkan soalan mengenai Baucar Buku Madani di Dewan Rakyat hari ini.

“Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkenaan Baucar Buku Madani. Kedua-duanya dari parti DAP.

“Bila sebut Baucar Buku Madani, saya teringat BB1M. Dulu BN buat dilabel macam-macam. Sama seperti BR1M dilabel dedak, rasuah, ‘cash is king’,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Ka Siong berkata, BN tidak mempunyai masalah BB1M ditukar nama kepada Baucar Buku Madani kerana dasar yang diperkenalkan dulu diteruskan demi kepentingan rakyat.

“‘Moral of the story’ – Jangan bangkang hanya kerana mahu membangkang. Dulu kutuk dan keji, sekarang buat, tukar nama saja,” katanya.

Beliau berharap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan semula kerana ia diperakui lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding SST.

“Ini bukan saya cakap, tapi berdasarkan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan (Tinjauan Fiskal 2024) yang diterbitkan Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan Madani.

“Nak tukar nama pun boleh, cukai Madani barangkali?,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

Tags: Baucar Buku 1MalaysiaBaucar Buku MadaniBB1Mcash is kingDatuk Seri Wee Ka SiongDedakPresiden MCArasuah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MCA Kembali Ke DUN Negeri Sembilan, Wee Ka Siong Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi

MCA Kembali Ke DUN Negeri Sembilan, Wee Ka Siong Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi

01/08/2026
0

SEREMBAN – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan penghargaan kepada pengundi Negeri Sembilan selepas parti itu kembali mempunyai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd