• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPP Umum Pengundian Semula Di 13 Cabang PKR

oleh AK-47
25/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIHAN PKR | Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula pengundian secara fizikal di 13 cabang seluruh negara berbanding lapan sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusinya Dr Zaliha Mustafa mengesahkan perkara tersebut menerusi notis pengundian semula pemilihan PKR dikeluarkan hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa cabang-cabang berikut akan diadakan pengundian semula selaras dengan Notis Penangguhan Pengundian terdahulu,” katanya.

Pengundian semula itu melibatkan cabang Tumpat, Ketereh, Bachok, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Tanah Merah di Kelantan serta empat cabang di Terengganu iaitu, Dungun, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Selain itu, ia turut membabitkan satu cabang Kedah, Selangor dan Sabah masing-masing Padang Serai, Hulu Selangor dan Kota Kinabalu.

Notis berkenaan turut menyatakan pemilihan semula diadakan pada 27 Mei di Kelantan manakala Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah akan diadakan pada 28 Mei ini.

Tiada undian semula di cabang lain

Dalam perkembangan berkaitan, satu sumber yang rapat dengan pimpinan parti memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan untuk mengadakan pemilihan semula di 13 cabang itu dibuat malam tadi.

“Pada mesyuarat semalam pihak JPP membincangkan aduan-aduan dan bantahan untuk mengadakan pemilihan semula di beberapa cabang.

“Mereka mengambil keputusan mengadakan pemilihan semula di 13 cabang. Ini keputusan keputusan muktamad.

“Tidak akan ada pemilihan semula di cabang lain selepas ini,” kata sumber itu.

Kata sumber itu lagi, mesyuarat JPP semalam juga membincangkan aduan di cabang Port Dickson, Bagan Datok, Selayang dan Bangi.

“JPP mengambil keputusan tiada pemilihan semula di empat cabang ini.

“Namun, JPP akan menyemak semula bantahan dan aduan di Bagan Datok, Selayang dan Bangi. Ini kerana ketiga-tiga cabang ini melibatkan beberapa kesalahan yang serius.

“Jika, dibuktikan kemungkinan besar ahli-ahli tertuduh penyertaan mereka dalam pemilihan akan dibatalkan. Maka, keputusan pemilihan akan diumumkan tanpa melibatkan mereka,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: JPPPemilihan PKRPengundian SemulaPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd