• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Terengganu Keluarkan 175 Saman Semalam

oleh AK-47
01/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan sebanyak 175 saman pada hari pertama pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri 2022 (OP HRA 2022) peringkat negeri, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata saman tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas 1,176 kenderaan di tiga persimpangan di Jalan Gong Badak di Kuala Nerus.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah LKM (Lesen Kenderaan Motor) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans sebanyak 75 kes; tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh sebanyak 55 kes; kesalahan nombor pendaftaran 26 kes; manakala bakinya adalah lain-lain kesalahan seperti tiada cermin sisi dan cermin kereta terlalu gelap.

“Sebanyak 10 buah motosikal juga telah disita, kebanyakannya melibatkan kesalahan LKM tamat tempoh ,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan OP HRA 2022 di Jalan Gong Badak, di Kuala Nerus malam tadi.

Zulkarnain berkata OP HRA 2022 pada malam tadi yang lebih menumpukan kepada motosikal telah berjaya menahan seorang lelaki yang berumur 45 tahun kerana disyaki membawa dadah.

Operasi tersebut juga turut mengesan tiga lelaki berumur antara 30 hingga 35 tahun yang didapati positif dadah, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), katanya.

Beliau berkata seramai 119 anggota JPJ terlibat dalam operasi pada malam tadi dengan dibantu 19 anggota Polis Diraja Malaysia dan 18 anggota AADK.

“OP HRA 2022 ini kita akan jalankan bermula malam ini (malam tadi) sehingga 8 Mei ini bagi memastikan pengguna jalan raya dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: JPJJPJ TerengganusamanTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd