• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Covid-19 Di Korea Utara Cecah 2 Juta Kes

oleh AK-47
21/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PYONGYANG – Korea Utara kelmarin melaporkan 262, 270 lagi kes disyaki Covid-19 ketika jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus di negara komunis itu hampir mencecah angka dua juta, lapor laman berita Huffpost kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Angka itu direkodkan seminggu selepas Pyongyang mengakui mengalami penularan Covid-19 dan sedang bergelut untuk mengatasi jangkitan terhadap populasinya yang tidak divaksin.

Negara itu dilaporkan turut cuba menghalang ekonominya daripada terus merosot tetapi wabak itu berkemungkinan lebih teruk berbanding yang dilaporkan secara rasmi kerana kekurangan ujian saringan dan sumber penjagaan kesihatan.

Selain itu, laporan kematian juga didakwa dikurangkan untuk mengurangkan kesan politik terhadap pemimpin Kim Jong-Un.

Ibu pejabat antivirus Korea Utara melaporkan satu lagi kematian kelmarin, menjadikan korban Covid-19 negara itu meningkat kepada 63 orang. Menurut bebera pakar, jumlah itu adalah sangat kecil berbanding kes yang begitu besar..

Agensi berita rasmi KCNA melaporkan, lebih 1.98 juta penduduk Korea Utara mengalami demam sejak akhir April lalu.

Kebanyakan mereka dipercayai dijangkiti Covid-19, walaupun hanya beberapa jangkitan Omicron telah disahkan. Sekurang-kurangnya 740,160 penduduk telah diarah menjalani kuarantin, lapor KCNA.

Jangkitan Covid-19 di Korea Utara dikesan di tengah-tengah provokasi demonstrasi senjata oleh Korea Utara termasuk ujian pertama peluru berpandu balistik antara benua yang dijalankan pada Mac lalu sekali gus yang pertama dalam tempoh lima tahun.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19Korea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri, Lelaki Tempatan Maut Di Serian

Next Post

Mengapa Spray Serangga Jenama Camay Ni Terjual Ratusan Ribu Botol?

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

Mengapa Spray Serangga Jenama Camay Ni Terjual Ratusan Ribu Botol?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd