• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kekurangan Bekalan Ayam Selesai Jun Ini – Rosol

oleh Mohd Arshad
27/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini dijangka dapat diselesaikan awal bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata ia berikutan hasil pemantauan dan pemeriksaan pihaknya terhadap industri ternakan ayam, selain beberapa langkah intervensi segera yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, setakat ini gangguan kekurangan bekalan ayam di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

“Saya sudah bercakap dengan pengeluar ayam (dan), mereka maklumkan perkara itu (isu kekurangan bekalan) dijangka selesai selewat-lewatnya pada awal bulan Jun ini.

“Selain itu, kerajaan turut mengambil langkah intervensi drastik dalam menangani isu itu, termasuk mengenakan sekatan eksport ayam dan pemansuhan permit import (AP) makanan bermula 1 Jun ini. Insya-Allah ia dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemukiman Hala Tuju Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) Semenanjung Malaysia Tahun 2022 dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di sini, malam tadi.

Ditanya terdapat dakwaan peniaga yang menjual harga melebihi harga kawalan RM8.90 sekilogram, Rosol berkata, pengguna boleh melaporkannya bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

“Kita akan buat pemantauan dan tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah penguatkuasaan itu,” katanya.

Mengulas bebanan rakyat pula, terutama golongan B40 yang berdepan kesan inflasi makanan, Rosol berkata kerajaan melaksanakan pelbagai strategi jangka pendek dan panjang dalam menangani isu yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), penentuan harga kawalan ayam dan telur serta pemberian subsidi barangan tertentu antara usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Kita turut bekerjasama dengan pelbagai kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan keberadaan barangan keperluan dan kos jualan barangan pada harga mampu milik menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ayamBekalan AyamIsu Kekurangan Bekalan Ayam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Laksana Vaksin Cacar Monyet Bersasar – KJ

Next Post

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah, Keputusan Tetap 7 Julai

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Next Post

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah, Keputusan Tetap 7 Julai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd