Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Airbus Bayar Pampasan Kepada...

RIO DE JANEIRO - Pengeluar pesawat Airbus, diperintahkan membayar sejumlah 30 juta rega...

Tak Balik Beraya: Bekas...

GARA-GARA kecewa dengan bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang menyambut Aidilfitri...

RM25,000 Bantu Persatuan Bekas...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM25,000 kepada Persatuan Bekas Kakitangan Felda Negeri...

About Solving a Problem...

The collection employees should get training which will enable them all to creditably...

Haris: Malaysia Perlukan Kebenaran

Bagi aktivis Haris Ibrahim, penggulingan kerajaan Umno/BN pada Mei 2018 memenuhi cita-cita seumur hidupnya untuk melihat sebuah pentadbiran baru yang kurang mengamalkan rasuah dan perkauman.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Walau bagaimanapun, impiannya melihat keajaiban itu tidak berpanjangan.

“Pertama, dengan kerajaan Pakatan Harapan – saya suka mereka ini, dan pada umumnya, majoriti mereka mahu melakukan perkara yang betul. Saya fikir masalahnya ialah pada PRU14, tugasnya adalah untuk membuang sampah di Putrajaya, tetapi dalam proses itu, kita secara tidak sengaja meletakkan semula sampah dan ini terbukti.

“Sudah tentu, orang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Saifuddin Abdullah sebagai pemimpin PKR – mereka ini mengkhianati rakyat.
“Saya juga sangat kecewa apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad berkata, ‘kami tidak sangka akan menang dan berjanji memberi bintang dan matahari tetapi kini tidak dapat menunaikannya’.

“Saya jangkakan ramai dalam PH akan bersuara dan berkata itu tidak benar, tetapi begitu ramai yang hanya mendiamkan diri.

“Banyak perkara yang boleh dilakukan. Akta Hasutan masih digunakan. Ya, mereka boleh menghalangnya di Dewan Negara tetapi sekurang-kurangnya luluskannya di Dewan Rakyat.

“Saya fikir apa yang berlakuadalah ramai yang terperangkap dengan politik untuk mengekalkan kedudukan baharu mereka. Mereka mudah dimanipulasi kerana ini,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, minggu lalu.

Menurut Haris, cara terbaik untuk memastikan PH memenangi PRU15 adalah dengan melakukan pembaharuan dan menunaikan janji.

“Namun, saya perlu optimistik. Ia perlu terikat dengan kesanggupan rakyat untuk bangkit sebagai satu pasukan yang bersatu seperti yang mereka lakukan pada PRU14,” katanya.


Haris, yang sedang bergelut melawan kanser tahap empat, juga kesal dengan impak sistem parti dan pakatan yang mudah melemaskan ramai individu yang berniat baik.

“Pilihan raya lalu, saya undi Maria Chin Abdullah. Kami sama-sama dalam Bersih, dan apabila dia mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas tetapi di bawah tiket PKR, saya teruja.

“Tetapi dia kemudiannya menyertai parti itu, dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, dia juga rapat dengan puak Azmin. Mengapa terlibat dengan politik kepartian jika janji kamu adalah untuk sertai dan melaksanakan reformasi?” soalnya.

“Saya benar-benar berpendapat pengundi tidak seharusnya melihat kepada simbol tetapi menilai kebolehan calon. Itu yang saya mahu perjuangkan.

“Cukuplah parti politik mengeluarkan manifesto masing-masing. Kita patut beri mereka manifesto. Jangan lupa tanya soalan yang sukar. Mana dalam perlembagaan ada menyebut hak istimewa, contohnya? Mari berhenti bermain politik populis.

“Kita adalah negara sekular walaupun usaha sedang dijalankan untuk meruntuhkan negara ini,

“Kita perlu menerima kebenaran kerana sesebuah negara tidak boleh dibina berdasarkan pembohongan,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori