Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Pasar Besar Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengesahkan punca kebakaran Pasar Besar...

Rita Rudaini Tak Kisah...

TIDAK dinafikan Rita Rudaini layak diberikan gelaran ibu tunggal hot oleh para peminatnya. Masakan...

“Dulu Tun Itu. Sekarang...

KOTA BHARU - "Dulu Tun itu. Sekarang pun Tun itulah. DAP pun, sejak...

Khalid Saman Hassan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap...

Halusinasi Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Kota Bharu : Remaja lelaki yang menikam ibunya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Pasir Puteh, malam kelmarin dipercayai mengalami halusinasi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bagaimanapun kenyataan dibuat secara lisan itu perlu dibuktikan menerusi rawatan hospital.

Menurutnya, pihaknya menahan reman remaja berusia 14 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Ikut kenyataan, suspek dikatakan berada dalam satu suasana pemikiran tidak normal, halusinasi tapi itu perlu dibuktikan, kenyataan sahaja tak boleh dipakai.

“Kita akan hantar ke hospital, rujuk pakar psikologi. Siasatan bermula semalam untuk melihat karakter pelaku ini di luar dan sekolah macam mana, ini akan diambil kira semasa kita rujuk kepada pakar psikologi nanti.

“Kita juga menjalankan ujian saringan dan keputusannya adalah negatif,” katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.


Dalam kejadian jam 11.45 malam kelmarin, seorang wanita berusia 41 tahun parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, Pasir Puteh, dekat sini.

Mangsa ditikam di dada dan kejadian itu mengakibatkan paru-parunya bocor serta kehilangan banyak darah dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).

Terdahulu, Muhamad Zaki hadir dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat IPK di Dewan Dato’ Dr Ab Rahman, di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori