Sample Page Title

PETALING JAYA : Dengan ketidaktentuan ekonomi negara dan nilai ringgit yang lemah, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mengikut kawasan serta wilayah perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Malah pelaksanaan dengan kaedah demikian juga dilihat mampu memberi kesan positif kepada pertumbuhan di kawasan luar bandar.

Justeru pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri . Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, semua pihak perlu mengetepikan sentimen politik dan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negara.

“Saya berpandangan kalau nak perkenalkan GST, ikut negeri atau kawasan. Yang penting sistem itu ada. Kadar boleh disesuaikan. Pernah saya cadangkan kenapa tidak gunakan GST ikut wilayah. Ia boleh sebarkan pertumbuhan ekonomi dan tidak hanya tertumpu kepada bandar besar sahaja. Kawasan yang dikategorikan kurang bagus kita rendahkan GST.

“Kaedah pelaksanaan GST boleh diinovasikan. Kalau di Amerika Syarikat (AS), setiap negeri kadarnya berbeza-beza. Sebenarnya polisi awam di negara kita perlu lebih inovatif,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini, nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS sehingga dilihat berpotensi melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport, selain meningkatkan kos sara hidup rakyat.

Pada awal dagangan Isnin lalu, ringgit berada pada 4.3745/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3680 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Penurunan ringgit akan menjadikan kos sara hidup tinggi, yang berpunca daripada kos import yang tinggi.


Dalam pada itu, Noor Azlan yang juga bekas Naib Canselor UKM berkata, kerajaan dalam masa yang sama perlu melihat semula pelaksanaan gaji minimum dan bantuan yang perlu diberikan mengikut kawasan tertentu.

“Di bandar dan pedalaman kos sara hidup tidak sama. Tapi kita pukul rata. Semua yang gaji dikategorikan B40 dapat bantuan walhal individu itu duduk di pedalaman dan boleh dikategorikan orang senang kerana kos sara hidup. Lalu bantuan diberikan.

“Adilkah diberikan bantuan kepada B40 yang duduk di pedalaman? Jangan ajar rakyat semuanya akan diberi bantuan. Lagi banyak orang dapat bantuan secara terus lagi banyak kita tahu ia adalah salah,” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 Mei lalu meskipun terdapat permintaan segelintir majikan agar ia ditangguhkan.

Sementara itu Noor Azlan berkata, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dengan melibatkan semua barangan sama ada petrol dan barangan isi rumah yang lain.

“Semua barangan untuk subsidi bersasar perlu jelas dan mengandungi empat perkara iaitu kenapa kita perlu beri subsidi, siapa kita nak beri subsidi, bagaimana nak kenal pasti mereka yang beri subsidi dan sehingga bila nak beri?

“Jika tiada jawapannya, kita terperangkap. Jika awak pakai motosikal besar, awak bayar tol? Tidak. Kerana penetapannya adalah mengikut kenderaan bukannya berkonsepkan ekonomi. Konsep subsidi ini tidak perlu dihapuskan tapi dirasionalisasikan,” jelasnya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...