• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eropah Senaraikan Subvarian BA.4, BA.5 Sebagai VOC

oleh Mohd Arshad
16/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON : Pegawai kesihatan Eropah menyenaraikan dua strain Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan, BA.4 dan BA.5 sebagai varian membimbangkan (VOC).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Klasifikasi itu dibuat susulan subvarian Omicron berkenaan berupaya mengelak daripada perlindungan imuniti vaksin dan berkemungkinan menguasai kes Covid-19 Eropah menjelang musim panas.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC) dalam laporan menyatakan subvarian BA.4 dan BA.5 boleh menyebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di seluruh benua sekaligus meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

Memetik laporan Daily Mail, agensi kesihatan awam Kesatuan Eropah (EU) menggalakkan semua negara untuk `kekal berwaspada’ terhadap sebarang tanda kemunculan subvarian Omicron tersebut.

Malah, ECDC juga menggalakkan golongan berusia lebih 80 tahun menerima suntikan penggalak kedua.

Agensi itu turut menggalakkan negara-negara Eropah merangka pelan untuk individu berusia lebih 60 tahun dan kumpulan terdedah lain untuk menerima dos penggalak kedua.

BA.4 dan BA.5 pertama kali dikesan di Afrika Selatan masing-masing pada Januari dan Februari lalu.

Sejak itu, kedua-dua subvarian tersebut menjadi strain dominan di negara itu, manakala BA.5 pula dijangka menjadi varian paling biasa di Portugal menjelang 22 Mei nanti.

Sementara itu, laporan ECDC juga menyatakan pada masa ini `tiada tanda sebarang perubahan dalam kadar keterukan jangkitan bagi BA.4 dan BA.5 berbanding sub-varian Omicron sebelum ini.

“Kehadiran subvarian ini boleh menyebabkan peningkatan keseluruhan yang ketara dalam kes Covid-19 di EU dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang,” jelas laporan itu.

-Utusan Online

Tags: Covid-19EropahSubvarian BA.4Subvarian BA.5VOC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd