• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Dadah: Mekanik Berdepan Hukuman Gantung

oleh Mohd Arshad
23/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN : Seorang mekanik berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh memiliki dua jenis dadah seberat lebih sekilogram di Mahkamah Majistret Tampin, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mohamad Saiful Mahat, 41, berasal dari Felda Jelai, Gemas hanya mengangguk faham selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Saiful.

Bagi pertuduhan pertama, pada 17 Mei lalu kira-kira pukul 6 petang, Mohamad Saiful di sebuah bilik hotel di sini didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 1,005 gram.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 150 gram.

Oleh itu, Mohamad Saiful yang merupakan seorang duda dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh ditangkap polis selepas menjadikan lokasi berkenaan sebagai transit dalam satu serbuan sempena Op Tapis di daerah ini.

-Utusan Online

Tags: dadahHukuman GantungMekanik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd