Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Bekas pegawai kanan polis, pesara Deputi Superintendan (DSP) Kenny James Woodworth, 89, yang terbabit dalam memburu penjenayah kejam, Botak Chin, meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kenny James adalah di antara 12 pegawai Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang dipilih khas menganggotai kumpulan dinamakan ‘Magnificient 12’.

Kumpulan itu ditubuhkan bagi memburu penjenayah terkenal suatu ketika dulu, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Jasad mendiang akan dibawa ke Gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur pada hari ini dan esok bermula 9 pagi sehingga 9.30 malam untuk penghormatan terakhir.

“Sesungguhnya jasa dan bakti yang dicurahkan beliau akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat pasukan serta negara,” kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook PDRM.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan mendiang Kenny seorang yang berani dan pakar dalam risikan.

“Ketika bertugas dibawah arahan mendiang, beliau sering berpesan jangan bagi muka kepada penjenayah.


“Sebab itu ketika zaman mendiang, ramai gengster atau penjenayah amat takut dengan mendiang kerana mendiang amat tegas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Musa berkata, mendiang sudah melakukan yang terbaik untuk negara dan pemergian mendiang adalah suatu kehilangan.

“Dia sangat berdedikasi di dalam tugas dan sering mengingatkan anak buah supaya tidak berkompromi dengan penjenayah,” katanya.

Mendiang yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei 1953 dan bersara pada April 1988 meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Selain kes Botak Chin, mendiang yang terkenal dengan gelaran 12 Magnificent (kumpulan khas 12 pegawai polis) turut terbabit dalam memerangi pelbagai jenayah besar termasuk Kepong Chai.

Sejak kematian isterinya, Joan Sylvia Maureen, lima tahun lalu, mendiang yang mempunyai masalah buah pinggang, mengambil keputusan untuk tinggal di pusat penjagaan persendirian di pinggir ibu kota.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga...

23 Maut Bot Karam Di Bangladesh – Polis

DHAKA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas sebuah bot dinaiki karam...

5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam...

Rampasan Kuasa Di China?

BEIJING - Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa...

Hampir 200 Paus Mati Di Pantai Australia

CANBERRA – Hampir 200 paus mati selepas terdampar dan dilanda ombak di pantai barat...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka adiknya...

Hidung Berdarah, Ronaldo Resahkan Penyokong Portugal

LONDON : Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung...