• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Lesen Memandu Palsu Lebih RM1,000

oleh AK-47
09/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH: Tidak berbaloi. Itu kesimpulan yang boleh dibuat terhadap tindakan seorang penunggang motosikal yang menggunakan lesen memandu palsu ketika ditahan semasa operasi khas motosikal sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Seberang Perai Selatan (SPS), baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Adenan Md. Isa ketika mendedahkan perkara itu berkata, suspek dipercayai memperoleh lesen tersebut daripada orang ketiga dengan nilai melebihi RM1,000 untuk tempoh selama lima tahun.

Katanya, ketika ditahan suspek yang memiliki lesen kelas D serta B2 itu menunggang sebuah motosikal dan motosikalnya turut disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, lesen memandu palsu itu hampir menyerupai lesen biasa dan jika tidak diteliti, ramai yang akan tertipu.

“Kos untuk mendapatkan lesen motosikal biasa jauh lebih murah iaitu antara RM300 hingga RM400 sahaja (kelas B2) berbanding membeli lesen palsu. Lesen palsu ini lepas lima tahun sudah tak boleh diguna, perlu cari yang baharu. Jadi, tidak berbaloi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sebanyak 1,962 buah motosikal diperiksa dalam operasi khas selama empat hari bermula 30 April lalu sempena Op HRA dengan 551 daripadanya telah diambil tindakan.

Katanya, sebanyak 718 notis telah dikeluarkan manakala 709 kesalahan turut direkodkan sepanjang tempoh sama melibatkan lesen memandu dengan 311 kesalahan; lesen kenderaan bermotor (211); teknikal (124) dan lain-lain kesalahan sebanyak 63 kes.

Menurut Adenan, pihaknya turut mengesan beberapa kesalahan lain ketika penyamaran bas dijalankan sepanjang operasi HRA itu yang berlangsung antara 29 April hingga semalam.

Jelasnya, dua kesalahan memandu di lorong kanan secara berterusan dikesan semasa penyamaran tersebut manakala masing-masing satu kesalahan melibatkan penggunaan telefon bimbit; pematuhan lampu isyarat merah serta tidak mengikut jadual waktu perjalanan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 6,617 kenderaan telah diperiksa sepanjang Op HRA dengan 868 daripada telah diambil tindakan. Sebanyak 1,241 notis juga telah dikeluarkan dan sebanyak 1,229 kesalahan turut dikesan dalam operasi selama 10 hari itu,” ujarnya.

Tambah Adenan, berdasarkan laporan penguatkuasaan, terdapat tujuh kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi itu iaitu memotong barisan secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan masing-masing 36 kes; gagal mematuhi lampu isyarat (19 kes); menggunakan telefon bimbit (37 kes); tidak memakai tali pinggang hadapan/belakang (23 kes) dan memandu di lorong kanan secara berterusan dengan dua kes.

UtusanOnline-

Tags: JPJlesen memandu palsuOp Hari Raya Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd