Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aidil, Fasha Mula Edar...

BAKAL menamatkan zaman bujang dengan aktres Fasha Sandha, pelakon Aidil Aziz telah mula...

Hasil Siasatan MyCC Berkaitan...

KUALA LUMPUR : Hasil siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan pelakuan antipersaingan...

Obama Ada Akaun Rasmi...

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akhirnya memiliki sebuah akaun rasmi...

Pasangan Diraja Sahkan Bakal...

DUKE and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton mengesahkan mereka bakal...

Bekas Pengerusi 1MDB, Peguam Najib Bertekak Di Mahkamah

Pertengkaran antara bekas pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh dan peguam utama Najib Razak menghangatkan suasana dalam perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri itu hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perang mulut antara saksi pendakwaan ke-15 itu dan peguam Muhammad Shafee Abdullah adalah membabitkan isu sama ada keterangan penuh saksi itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 2016 berhubung urusan 1MDB.

Ketika perbicaraan, suasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mula hangat apabila peguam bela bertanya Bakke sama ada keterangannya konsiten dengan yang diberikan kepada PAC pada Februari 2016.

Ketika pentadbiran BN pimpinan Najib pada masa itu, PAC mendengar keterangan Bakke dan beberapa individu lain berhubung isu dakwaan penyelewengan dana kekayaan negara tersebut.

Semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Shafee pada memulakan melakukan pemeriksaan balas berhubung keterangan Bakke kepada PAC.

Ketegangan bermula apabila peguam itu bertanya sama ada Bakke mungkin tidak meletakkan jawatan sebagai pengerusi 1MDB jika saksi itu tidak hilang sabar ketika berurusan dengan pengurusan 1MDB mengenai isu AS$700 juta wang dana itu.

Bakke membalas bahawa Shafee tidak sepatutnya mengatakan apa yang tidak dilakukan, memandangkan ingatannya masih baik, dan mengatakan dia merasakan kemudiannya tidak sepatutnya berkhidmat sebagai pengerusi 1MDB.

Sebelum ini dalam perbicaraan berasingan terhadap Najib membabitkan laporan audit 1MDB, Bakke berkata dia meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat itu pada 19 Okt 2009.

Bakke mendakwa dia meletak jawatan berikutan pendedahan bahawa AS$700 juta dana 1MDB – yang melibatkan cadangan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI) – telah dialihkan kepada Good Star Limited dan disebabkan rasa syak bahawa Najib mungkin terlibat dalam transaksi luar biasa.

Good Star ialah entiti yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low). Pihak pendakwaan mendakwa penglibatan Low dalam salah laku di 1MDB dilakukan atas arahan Najib.

Bakke juga sebelum ini memberi keterangan bahawa dia merasakan Najib terlibat dalam salah laku kewangan syarikat itu dan ada yang tidak kena berlaku dalam syarikat.

Di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, prosiding mahkamah semakin panas apabila Shafee bertanya sama ada Bakke berpegang dengan keterangan yang diberikan kepada PAC pada 2016.

Shafee: Adakah anda tetap dengan apa yang anda katakan kepada PAC?

Bakke: Yang Arif, boleh saya cakap sesuatu?

Shafee: Awak mesti jawab ya atau tidak.

Sequerah: Awak (Bakke) mesti jawab. Ia adalah soalan (daripada Shafee).


Shafee: Ini bukan petronas tetapi mahkamah undang-undang.

Bakke: Saya perlu menjelaskan.

Shafee: Jawab dulu, baru boleh terangkan panjang lebar.

Bakke dilantik sebagai pengerusi Petronas semasa pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin tahun lepas.

Walaupun saksi itu bersetuju bahawa dia konsisten dengan apa yang diberitahu kepada PAC, Bakke mendakwa bahawa laporan akhir PAC tidak merekodkan keterangan penuhnya.

Apabila Shafee mengulangi soalan sama ada saksi itu tetap berpendirian dengan apa yang dilaporkan oleh laporan PAC mengenai 1MDB, Bakke berkata dia tidak melihat laporan itu, dengan mendakwa bahagian paling penting dalam keterangannya tidak disertakan.

Ini menyebabkan Shafee menjawab sama ada Bakke adalah saksi pendakwaan atau tertuduh dalam perbicaraan, dengan Bakke kemudian mengakui bahawa dia adalah saksi.

Sequerah kemudian menjelaskan kepada Bakke bahawa sebagai saksi pendakwaan, dia hanya perlu menjawab ya atau tidak kepada soalan Shafee, dan saksi itu mempunyai peluang untuk menjelaskan jawapannya semasa pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan.

Menjelang akhir prosiding, Bakke bersetuju dengan Shafee bahawa pengurusan 1MDB mungkin telah mengelirukan bukan sahaja lembaga pengarah tetapi juga Najib.

Prosiding di hadapan Sequerah disambung semula petang ini.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB dilakukan ahli perniagaan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low dan berlaku di bawah kuasa Najib.

Pasukan pembelaan mendakwa tertuduh tidak tahu mengenai salah laku dan penyelewengan itu didalangi oleh Low dan beberapa ahli pasukan pengurusan dana itu.

Selain merupakan bekas perdana menteri dan menteri kewangan, Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori