Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PDRM Diarah Siasat Ugutan...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis...

3 Lelaki Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan...

Insiden Kelakar ‘Seram’.. Nyaris...

KEDENGARAN agak lucu tapi kalau perkara ini berlaku pada diri kita tentu perasaannya...

PKR Selangor Sah Tolak...

RASMI... Sudah terang lagi bersuluh bahawa cakap politik kedai kopi mengenai PKR Selangor...

Banjir Kilat, Lumpur Di Janda Baik, 12 Keluarga Berjaya Diselamatkan

KUANTAN : Beberapa kampung dalam kawasan Janda Baik, dekat Bentong di sini dilanda banjir kilat kira-kira pukul 5.30 pagi, hari ini, ekoran hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Antara kampung terjejas teruk termasuk Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.37 pagi dan bergerak ke lokasi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berjaya memindahkan 12 keluarga yang terbabit dalam kejadian itu.

“Jarak antara Kampung Sum Sum dengan balai terdekat ialah 39 kilometer dan telah mengambil sedikit masa untuk tiba memandangkan keadaan jalan sempit.

“Bagaimanapun, kerja memindahkan semua mangsa berjaya dilakukan dalam masa yang singkat dan pasukan kita masih di sana bagi meneruskan pemantauan.

“Ketika operasi dijalankan keadaan cuaca masih kurang baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi tersebut melibatkan kekuatan 19 pegawai dan anggota penyelamat dengan menggunakan tiga jentera JBPM Pahang.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, susulan kejadian itu terdapat juga kejadian tanah runtuh di laluan masuk ke Kampung Janda Baik dan laluan antara Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh.


“Laluan itu sudah ditutup untuk pengguna bagi kerja pembersihan lumpur dan serpihan batu.

“Sebuah jentera milik JBPM Pahang turut terkandas akibat lumpur tebal ketika dalam perjalanan menghala ke Kampung Chemperoh bagi tugas memindahkan penduduk terjejas,” katanya.

Difahamkan, banjir lumpur yang melanda kampung itu turut menjejaskan beberapa buah rumah selain turut mengakibatkan kerosakan kenderaan penduduk yang tidak sempat diselamatkan.

Difahamkan kejadian banjir lumpur ini merupakan kali kedua melanda kampung itu pada tahun ini selepas kejadian awal tahun lalu di mana dikatakan ia lebih teruk berbanding sebelumnya.

Utusan Malaysia difahamkan air banjir sudah mula surut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun, meninggalkan kesan lumpur yang tebal di dalam rumah penduduk dan kawasan sekitar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melalui akaun Twitter rasmi miliknya turut membuat ciapan berkongsi kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan.

Dalam ciapannya, beliau memaklumkan menerima maklumat tentang kejadian itu sekitar pukul 5.30 pagi.

“Saya telah menuju ke lokasi dan pihak bomba juga telah ada di kawasan kejadian,” ciapnya bagi menyaksikan sendiri kesan akibat banjir kilat itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori