• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Kelantan: Husam Langgar Perlembagaan Parti

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Amanah Kelantan menegaskan tindakan Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa mengkritik gerak kerja parti adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, kata pengerusinya Muhammad Husain.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

“Merujuk kenyataan pengerusi Save Kelantan dalam ucapannya yang memperlekehkan gerak kerja Amanah Kelantan, serta ugutan akan menentang calon dari parti sendiri jika tidak menerima piagam Save Kelantan, adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Muhammad berkata, mesyuarat jawatankuasa Amanah Kelantan yang bersidang semalam juga mengambil beberapa keputusan berkait gerakan Save Kelantan yang diketuai Husam.

Katanya, Save Kelantan digerakkan atas platform entiti perniagaan SV Kelantan Global yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan.

“Gerakan Save Kelantan ini tidak pernah dibincangkan dan dijadikan agenda parti, oleh itu tiada sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan,” katanya.

Terdahulu Husam antara lain dilaporkan mengkritik Amanah yang dikatakan gagal melakukan semak imbang terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS.

Sementara itu Muhammad berkata, sebarang kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak selaku ahli Amanah sehingga boleh menjejaskan kepentingan organisasi, adalah melanggar etika dan disiplin sebagai seorang ahli parti yang bertanggungjawab.

“Amanah Kelantan meraikan sebarang usaha dan tindakan membela rakyat oleh semua pihak. Namun, ketika ghairah menyerang pihak PAS Kelantan, ahli Amanah dinasihatkan, jangan pula sampai melanggar parti sendiri, walaupun bertindak di atas nama sebarang pertubuhan.

“Semua aktiviti, agenda, tindakan dan usaha ke arah membela rakyat dan negeri Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah akibat kegagalan kerajaan PAS Kelantan, adalah menjadi keutamaan Amanah Kelantan,” katanya.

Selain itu Muhammad yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS berkata, pihaknya terus komited memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta mendukung sebarang keputusan Majlis Presiden PH khasnya berkaitan konsep ‘khemah besar’.

-Malaysia Kini

Tags: Amanahhusam musaPerlembagaan Parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd