• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Presiden Turki Zahir Kegembiraan Hubungan Kukuh Dua Hala

oleh Mohd Arshad
06/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menzahirkan kegembiraan atas hubungan dua hala yang terjalin kukuh antara kedua negara dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, kegembiraan itu dikongsi kedua-dua pemimpin dalam perbualan telefon selama 20 minit yang bermula pada pukul 5 petang itu.

Mengikut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Erdogan di Istana Negara hari ini.

Seri Paduka juga telah menyampaikan persetujuan untuk berangkat melakukan Lawatan Negara ke Turki pada suku ketiga tahun ini.

Seri Paduka dan Erdogan pada masa yang sama, turut bertukar ucapan selamat menyambut Aidilfitri.

“Seri Paduka Baginda, bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, turut menzahirkan ucapan kepada Puan Yang Terutama Emine Erdogan, isteri kepada Presiden Republik Turki,” menurut hantaran itu.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Erdogan atas pembukaan Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, buat kali pertama dalam 88 tahun untuk ibadah solat Tarawih bermula 1 April lepas dan menyifatkannya sebagai detik bersejarah kepada penganut agama Islam di Turki dan seluruh dunia.

Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan bertukar ucapan selamat menyambut Aidilfitri termasuk kepada ahli keluarga.

-Berita Harian

Tags: Agonghubungan dua halaPresiden TurkiTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd