Sample Page Title

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 1,469 kes dengan tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,479,809 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,836 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,415,146 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (615 kes), Kuala Lumpur (219 kes), Pulau Pinang (123 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Perak (95 kes), Johor (64 kes), Kedah (59 kes), Melaka (34 kes) dan Putrajaya (32 kes).

“Seterusnya, Sarawak (29 kes), Sabah (27 kes), Pahang (22 kes), Kedah (14 kes), Terengganu (13 kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (lima kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,623 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,545 kes.

Sebanyak 30,509 kes aktif dilaporkan melibatkan 29,271 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,182 kes di hospital, 19 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...