Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Seramai 11 individu memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam operasi dijalankan di sekitar ibu kota sejak Jumaat hingga Ahad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua lelaki berusia 22 hingga 62 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua lelaki itu dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut seksyen yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sarifudin berkata, seramai 11 pegawai dan 72 anggota JSPT Kuala Lumpur menjalankan operasi di di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

“Kita turut menahan tujuh individu berusia 17 hingga 25 tahun kerana melakukan aksi berbahaya seperti zig zag, roket, superman serta bersaing.

“Mereka juga telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 849 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara penunggang motosikal yang dikesan melakukan aksi berbahaya di sekitar ibu kota.
“Lima motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan ( ekzos ).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar serta diarahkan mengubah ke struktur asal,” katanya.

Sarifudin berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...