Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Dollah Masih Yakin Dapat...

BANGKOK - Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tetap bernada yakin dapat...

Anggota Rela Maut Tertembak...

KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas tertembak diri...

Kelindan Lori Didakwa Peras,...

SHAH ALAM - Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tukar Beg Udara Atau...

PUTRAJAYA - Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg...

1.25 Bilion Penduduk China Divaksin

SHANGHAI: Lebih 1.25 bilion penduduk China atau 88.74 peratus daripada keseluruhan populasi, sudah divaksin sepenuhnya terhadap COVID-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pegawai Kesihatan China semalam, berkata secara keseluruhan, hampir 3.35 bilion dos vaksin COVID-19 diberikan di tanah besar China.

Pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Wu Liangyou, berkata hampir 757 juta orang atau separuh daripada penduduk turut menerima dos penggalak.

Xinhua melaporkan, bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas, yang juga golongan paling terdedah kepada COVID-19, lebih 227 juta orang atau 86.23 peratus daripada kumpulan itu sudah mendapat pelalian.

Dalam kalangan mereka, hampir 216 juta orang divaksin sepenuhnya dan lebih 162 juta menerima suntikan penggalak.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng, sejak awal Mei lalu, situasi keseluruhan COVID-19 di China semakin stabil, dengan angka kes baharu harian dan tidak bergejala terus menurun.


Bagaimanapun, katanya, masih terdapat risiko kemunculan semula virus dan keadaan kekal sukar dan mencabar.

Shanghai, antara bandar di China yang teruk dilanda gelombang Omicron, mula melihat penurunan berterusan dalam angka harian jangkitan baharu.

Sementara itu, Beijing menyingkirkan risiko penularan virus dengan mengadakan ujian saringan besar-besaran di kawasan utama dan mengambil langkah pembendungan aktif.

Beliau memberi amaran wilayah Liaoning, Zhejiang dan Henan, mula melihat gelombang baharu dan puncanya masih belum dapat dipastikan.

Kedua-dua pegawai mengulangi keperluan untuk mematuhi strategi sifar-COVID yang dinamik, menggandakan usaha untuk menangani jangkitan kluster serantau dan memastikan individu dijangkiti boleh dikenal pasti serta dikawal tepat pada masanya bagi mengekang penularan virus.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori