• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Pelajar Gaduh: Isu Selesai, Tiada Laporan Polis Dibuat

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Polis mengesahkan tiada laporan dibuat berhubung isu pergaduhan membabitkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pelek yang videonya tular di media sosial, sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kumpulan pelajar yang bergaduh itu sudah pun berdamai dan berjanji tidak mengulangi perkara itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar berkenaan malah semua mereka sudah mengakui kesilapan masing-masing.

“Pengetua dan pihak sekolah juga tidak membuat apa-apa laporan polis memandangkan kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan. Saya difahamkan pihak sekolah akan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbabit dalam pergaduhan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, insiden pergaduhan itu dikesan berlaku pukul 10.30 pagi membabitkan dua kumpulan pelajar sekolah berkenaan.

Wan Kamarul Azran berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada ejek mengejek sebelum berlaku sedikit insiden tolak menolak dan tumbuk menumbuk membabitkan tujuh orang pelajar.

Menurutnya, insiden itu bagaimanapun dapat dileraikan oleh guru-guru yang berada di lokasi berkenaan.

“Kami telah menghantar dua anggota ke sekolah berkenaan selepas menerima panggilan daripada Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) pagi semalam. Anggota saya turut memberi nasihat dan amaran keras kepada tujuh pelajar terbabit,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pergaduhan dua kumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah dipercayai berpunca daripada ejek mengejek.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, dua kumpulan pelajar saling tolak menolak sebelum dileraikan oleh beberapa guru.

-Utusan Online

Tags: laporan polispolisVideo Tular Pelajar Gaduh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd