• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpasnya Nuar Taman Dan Pendi Buaya, Polis Selesai Kes Bunuh, Edar Dadah

oleh AK-47
07/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku di sini Selasa lalu, adalah suspek utama satu kes bunuh dan anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, polis mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang ditembak iaitu lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Nuar Taman’ berusia 29 tahun berasal dari daerah ini, manakala seorang lagi ‘Pendi Buaya’ berusia 25 tahun dari Marang.

“Seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi mempunyai 11 rekod jenayah lampau juga berkaitan dadah…mereka ini memang terkenal dalam kalangan penagih dadah di negeri ini termasuk di kawasan Felda,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Bekas KJSJ negeri, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, manakala bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman dilantik menggantikan tempat Marzukhi.

Menurut Rohaimi, dengan tertumpasnya kedua-dua penjenayah terbabit, polis berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang ditembak mati di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lalu.

“Berdasarkan siasatan polis, mereka berdua ini adalah suspek terbabit dalam kes tembak (di Pasir Tinggi) itu,” katanya.

Katanya, selepas kejadian tembak-menembak antara Nuar Taman dan Pendi Buaya dengan polis Selasa lalu, pihaknya merampas dua pucuk revolver .38 dan beberapa butir peluru di dalam kereta yang digunakan suspek.

“Polis juga menjumpai 20 peket plastik dadah disyaki syabu berat lebih 1,000 gram dan 14 botol kecil heroin berat lebih 67 gram, dan jumlah keseluruhan dadah ini membawa kepada kes 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Sementara itu, Rohaimi berkata, pihaknya juga mengarahkan semua ketua polis daerah untuk melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun dan bunga api di daerah masing-masing bagi memastikan hanya jenis tertentu yang dibenarkan dijual kepada orang ramai.

“Penjualan kepada individu di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan. Pemantauan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada insiden kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan kebakaran (mercun dan bunga api),” katanya.

-Harian metro

Tags: Edar Dadahkes bunuhNuar TamanPendi Buayapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd