• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Sedia Bantu Buru Tahanan Rohingya Lolos

oleh Mohd Arshad
23/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI : Kementerian Pertahanan sedia membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjejaki baki tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu, dekat sini, Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota tentera bersiap siaga untuk melaksanakan tugas tersebut sekiranya tenaga mereka diperlukan memburu tahanan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, pihaknya belum menerima permintaan daripada KDN untuk membantu tugasan tersebut.

“Kita belum ada permintaan (bantuan) daripada agensi lain.

Kita bersedia kalau kita boleh bantu, sebut sajalah untuk kebaikan bersama,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanize, Kem Lapangan Terbang di sini, semalam.

Bagaimanapun Hishammuddin memberitahu, pihaknya percaya KDN berkemampuan menahan semula tahanan etnik Rohingya itu.

“Setakat ini, saya yakin KDN masih mampu tangani,” ujarnya.

Dalam kejadian tersebut, seramai 528 tahanan etnik Rohingya meloloskan diri selepas berlaku rusuhan di dalam depot tersebut.

Bagaimanapun, sehingga semalam, seramai 440 tahanan tersebut ditahan semula manakala jumlah yang masih bebas pula 88 orang.

Jumlah keseluruhan tahanan etnik Rohingya dalam depot tersebut semasa kejadian ialah seramai 664 orang.

-Utusan Online

Tags: Depot TahananRohingyaTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd