Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Berita Sedih: Sampel B...

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei,32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan...

Video: “Biadab Punya Budak...

PERBUATAN khianat dua individu yang meletakkan pintu kayu di hadapan sebuah lif pangsapuri...

Kumpulan Telanjang Dibenar Lawat...

SEBUAH muzium di Paris menjadi muzium pertama yang buka pintu kepada kumpulan nudist,...

JAIS Kata Tiada Kuasa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengeluarkan arahan pembatalan...

Tahniah Ismail Sabri Calon PM

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) untuk PRU-15 membuktikan sesuatu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Membuktikan pimpinan UMNO yang bersepakat dan berjiwa besar. Perjuangan mereka perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air.

Nama-nama besar seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Tok Mat perlu diberi merit dan “standing ovation” kerana memberi laluan kepada Ismail Sabri.

Keputusan itu sekali gus menafikan propaganda wujud persaingan “warlords” dalam UMNO untuk merebut jawatan Perdana Menteri jika BN menang PRU-15.

Ironinya, parti politik yang terbukti ada “warlords” adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti disahkan Rafizi Ramli baru-baru ini.

Gabungan politik yang telah terbukti berebut jawatan Perdana Menteri pula adalah Pakatan Harapan (PH).

– PKR mendesak Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.


– Mahathir menumbangkan kerajaan PH yang diketuainya bagi memastikan Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri.

– Mahiaddin Md Yasin mengambil peluang merampas jawatan Perdana Menteri selepas Mahathir letak jawatan.

– PH sekali lagi menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, manakala Mahathir mahu dicalonkan sekali lagi oleh parti barunya.

– Mahiaddin bersama PAS sedang sibuk meneroka jajaran baharu untuk menaikkan semula Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Kesimpulannya rakyat sudah tidak perlu keliru atau gundah gulana lagi. Bukti sudah terbentang siapa rakus kuasa dan siapa ikhlas berjuang untuk rakyat.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori