Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

27 Premis Makanan Kotor...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban...

Pelajar Tingkatan 1 Maut...

JEMPOL - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan...

Asyraf Wajdi Tawar Jadi...

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil...

2 Mekanik Didakwa Merogol,...

KUANTAN - Dua mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Kuantan, di...

Semua Negeri Alami Cuaca Buruk Petang Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi kesemua negeri sehingga pukul 7 petang nanti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

MetMalaysia dalam laporannya di Facebook memaklumkan kesemua kawasan di negeri utara Semenanjung bakal mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

Selain itu, di Kelantan, cuaca buruk tersebut dilihat tertumpu di kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang serta Besut dan Hulu Terengganu, Terengganu.

“Manakala di Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

“Bagi Selangor pula, keadaan hujan lebat ini diramal melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta keseluruhan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, amaran ribut petir tersebut turut merangkumi daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan.

“Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dilaporkan berlaku di semua bahagian negeri Melaka dan Segamat, Johor petang ini,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu lebih tertumpu sekitar Limbang, Sarawak serta kawasan pendalaman negeri Sabah dan juga keseluruhan bahagian Labuan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori