• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Tingkat 40 Peratus Bekalan Tenaga Negara Menjelang 2035

oleh AK-47
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga hijau atau Tenaga Boleh Baharu (TBB) sehingga 18,000 megawatt (MW) pada 2035 berbanding 8,700 MW pada masa ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peningkatan sekali ganda itu menjadikan TBB menyumbang 40 peratus kepada bekalan tenaga negara pada 2035.

Katanya, kementeriannya turut menetapkan sasaran 31 peratus sumbangan TBB pada 2025 melalui pelbagai inisiatif penjanaan tenaga hijau termasuk menerusi projek Solar Berskala Besar (LSS).

“Pelaksanaan pembangunan TBB ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada kelangsungan sumber bahan mentah, sebaliknya turut mesra alam kerana mengurangkan pelepasan karbon kepada alam sekitar.

“Justeru, perancangan peralihan tenaga sehingga 2040 menetapkan sasaran 31 peratus TBB dalam kapasiti terpasang pada 2025 dan 40 peratus menjelang 2035.

“Kapasiti terpasang bagi TBB di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 8,700 MW, manakala menjelang 2035 kapasitinya diunjurkan meningkat sekali ganda sehingga 18,000 MW,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan projek LSS Sabah dan Labuan, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Hasan Arifin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Abdul Razib Dawood.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Seda), Datuk Hamzah Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar.

Katanya, kerajaan berusaha untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam campuran penjanaan tenaga elektrik negara termasuk menjadikan program LSS sebagai ‘flagship’ bagi memperbanyakkan penjanaan.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, program LSS di Sabah dilaksanakan menerusi ST sejak 2017 dengan lapan syarikat berjaya dalam bidaan dan sudah memuktamadkan Perjanjian Pembelian Tenaga dengan SESB.

Lapan syarikat terbabit, katanya bakal membangunkan LSS dengan kapasiti janaan tenaga keseluruhan sebanyak 67 MW membabitkan anggaran kos pembangunan sebanyak RM268 juta.

“Apabila siap dan beroperasi sepenuhnya pada Jun tahun depan, projek itu turut disasar mampu mengurangkan pelepasan karbon sehingga 50,000 tan setahun,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bekalan Tenaga Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Edar 119KG Syabu, Tiga Sekawan Berdepan Hukuman Mati

Next Post

KLIA Mula Terima Kemasukan Pelancong Antarabangsa

Related Posts

No Content Available
Next Post

KLIA Mula Terima Kemasukan Pelancong Antarabangsa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd