• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Warga Emas, Polis Buru Suspek

oleh AK-47
04/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Polis kini sedang memburu dua lelaki bersenjatakan parang disyaki terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga emas di hadapan sebuah rumah di Taman Tuanku Jaafar di sini, Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM5,000 dan video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan kedua-dua suspek menaiki motosikal serta bertopi keledar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun yang sedang menjemur kain di hadapan pagar rumahnya.

“Mangsa didatangi dua suspek lelaki yang menaiki motosikal jenis Kawasaki RR berwarna biru. Salah seorang suspek turun daripada motosikal dengan membawa parang lalu mengacukan senjata itu ke arah mangsa.

“Mangsa kemudiannya dipaksa menanggalkan cincin dan gelang tangan emas yang dipakai pada tangan kirinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, mangsa yang terlalu takut terus menanggalkan cincin emasnya manakala gelang pula direntap suspek kerana ia sukar ditanggalkan sebelum kedua-dua lelaki itu beredar.

“Mangsa tidak menjerit meminta bantuan kerana terlalu takut dan tiada jiran yang nampak kejadian berlaku,” katanya.

Menurut Nanda, mangsa mengalami kecederaan ringan pada pergelangan kiri akibat gelang tangan emasnya yang direntap dan mengalami kerugian dianggarkan RM5,000.

“Tempat kejadian adalah kawasan perumahan teres setingkat. Kejadian berlaku di hadapan pagar rumah mangsa dan terdapat CCTV di rumah jiran mangsa.

“Mangsa tinggal bersama suami, seorang anak perempuan, seorang menantu dan tiga cucu. Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku hanya mangsa yang berada di rumah.

“Hasil semakan rakaman CCTV mendapati suspek berbadan kurus, memakai topi keledar warna gelap dan pelitup muka,” katanya.

Tambah beliau, polis kini masih giat memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata.

-Harian Metro

Tags: polissamunwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd