• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Lelaki Terbabit Sindiket Jual Air, Daun Ketum

oleh Mohd Arshad
02/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU: Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan 75 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata susulan maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan pada jam 1.45 tengah hari dan menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis menemui 120 bungkus air ketum yang siap diproses di dalam kereta di parkir hadapan rumah, manakala pemeriksaan di dalam rumah menemukan tiga tong ais di dalamnya mengandungi 300 bungkusan air ketum siap diproses, semuanya bernilai RM2,100.

“Selain itu, kami turut merampas 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 75kg bernilai RM3,000 dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal mendapati suspek menjual air ketum itu di sekitar Bayan Lepas dengan harga RM5 dan sindiket itu mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran.

Beliau berkata, empat lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata polis menahan seorang lelaki etnik Rohingya kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun, namun siasatan mendapati dia bertindak sedemikian kerana kehilangan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dua hari lalu.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu itu mendakwa disamun dua lelaki yang menyamar anggota polis ketika berjalan di kawasan jejantas berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu tidak berlaku dan tujuan laporan dibuat bagi mendapatkan kad UNCHR baharu kerana kad lama hilang dan tamat tempoh pada 2021,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Bernama-

Tags: ketumsindiket ketumUNHCR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Trafik Di Ibu Kota, Lebuh Raya Utama Meningkat

Next Post

Wakaf Mampu Sumbang Pembangunan Sosioekonomi Negara – Idris

Related Posts

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen

UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen

08/02/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyuarakan kebimbangan mengenai insiden rusuhan di Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor,...

Next Post

Wakaf Mampu Sumbang Pembangunan Sosioekonomi Negara - Idris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd